MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12
1. LATAR BELAKANG RINGKAS Nama: Nik Muhammad Saifullah Bin Effandi Nazila Tarikh Lahir: 27/2/1999 Asal: Besut, Terengganu Anak: Kedua daripada 7 adik- beradik Hobi: Membaca dan Bersenam Cita-cita: Pensyarah / Pendakwah Pendidikan (2006) Sekolah Agama Al-Islahiyah (2007-2011) Sekolah Rendah Agama Integrasi, Bandar Baru Bangi (UPSR) (2012-2016) Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (PT3, SMA & SPM) (2017-2018) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah (STPM) (2019-2023) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama Jawatan 2017- Ketua Umum, SMKA Maahad Hamidiah 2020- Exco Perhubungan Luar & Komunikasi Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH), USIM 2021- Yang di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP), USIM 2. SUMBER INSPIRASI Umi dan Abah saya. Mereka merupakan inspirasi dan motivasi terpenting dalam kehidupan saya. Saya petik satu lirik lagu yang bunyinya seperti "kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya bapa tiada terhingga", ingin saya katakan bahawa jasa, kasih sayang dan pengorbanan Umi Abah dalam membesarkan saya dan adik beradik, menjaga dan memberi pendidikan yang terbaik kepada kami sangat tidak terkira. Sedari kecil hingga kini, kami 7 beradik sentiasa diasuh dengan didikan agama oleh Umi Abah. Aspek agama sangatlah dititik beratkan dalam kehidupan seharian kami disamping ilmu akademik yang lain. Abah saya, sejak beliau kecil lagi beliau sudah terlibat dalam dunia kepimpinan hingga hari ini. Saya menjadikan Abah saya sebagai contoh ikutan yang terbaik dalam kepimpinan. Keyakinan dan kesungguhan beliau dalam berbakti kepada masyarakat amat saya kagumi dan ini, mendorong saya untuk terus menyebarkan kebaikan juga. Tidak lupa juga, Umi saya, sebagai pendamping Abah dan anak-anaknya, beliau sentiasa membantu saya dalam aspek pendidikan misalnya, dalam subjek matematik tambahan, beliau sentiasa memberi sokongan sehinggalah saya faham sebaiknya. Benarlah, bahawa seorang ibu itu adalah madrasah yang pertama bagi anak-anaknya. Sebenarnya, masih banyak lagi perkara yang ingin saya kongsikan, Tokoh Siswa Akidah: Nik Muhammad Saifullah Bin Effandi Nazila 28
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=