MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

Program: Program Pengkaderan Sukarelawan JHEAINS Siri 1/2023 Tarikh : 14 Mac 2023 – 16 Mac 2023 Tempat : Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan Bilangan Peserta : 39 Orang Anjuran : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan 1.0 LAPORAN PROGRAM Laporan Pelaksanaan Program Pengkaderan Sukarelawan JHEAINS Siri 1 Pada 14 Mac 2023 hingga 16 Mac 2023, seramai 39 orang peserta terdiri daripada pelajar program Pengajian Akidah dan Agama dan Pengajian Dakwah dan Pengurusan Islam telah menghadiri program pengkaderan sukarelawan yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Program selama 3 hari dan 2 malam ini telah diadakan di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan pendedahan awal berkaitan prinsip dalam kesukarelawanan, di samping mendapat latihan daripada pakar motivasi yang dilantik oleh pihak JHEAINS. Kursus ini dijalankan dengan berteraskan satu modul sukarelawan iaitu “Standard Professionalisme” sebagai panduan agar semua mahasiswa berusaha melengkapkan diri dengan ciri–ciri kemahiran yang dikehendaki selaras dengan Pelan Strategik JHEAINS 2020 – 2024. Semua peserta dilatih untuk memupuk sikap perpaduan, kerjasama, dan persaudaraan antara satu sama lain melalui 9 aktiviti permainan yang telah dijalankan, antaranya “Kenapa Kita Disini”, “Robotic Move”, “Personality”, “Candle War Game”, “Passing Pipe”, “Transporter”, “Archery”, “Saya Nak” dan “Human Pit Stop”. Keseluruhan dapatan dan input kursus ini dibuktikan ketika semua peserta berjaya melaksanakan tugasan terakhir, pengendalian Ekspo Pembelajaran dan Majlis Penutup yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS iaitu Ustazah Asniza Binti Ahmad. Kerja amal atau aktiviti kesukarelawanan dapat memberikan kesedaran terhadap kesusahan atau masalah yang dihadapi oleh ahli masyarakat. Aktiviti sukarelawan ini merupakan usaha murni yang boleh dilakukan oleh pelajar universiti dalam usaha merapatkan jurang persaudaraan antara pelajar dan masyarakat. Selain itu, pelajar yang menyertai aktiviti kesukarelawanan ini akan dapat pengalaman berinteraksi dengan masyarakat serta mempelajari cara untuk memimpin termasuk penetapan matlamat, motivasi dan penyelesaian masalah. Laporan Program Pengkaderan Sukarelawan JHEAINS Siri 1/2023 Oleh: Amir Al Afiq bin Abdul Ghaffar 23

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=