MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

Penghujahan kedua–dua kitab ini berkisarkan tentang peristiwa Nabi Adam AS yang telah memakan buah dari pohon larangan disebabkan oleh hasutan syaitan terhadap Hawa. Keingkaran akan perintah Tuhan menyebabkan mereka berdosa dan dikeluarkan dari syurga. Selain itu, terdapat perbincangan yang berkaitan keengganan iblis bersujud kepada Nabi Adam AS dan membandingkan dirinya lebih mulia dari aspek unsur penciptaan api dan tanah. Pengajaran yang dapat difahami ialah kesemua umat manusia perlu mempertahankan hubungan baik sesama manusia dan amanah dalam memelihara kesejahteraan alam agar nilai kemakmuran dapat dicapai dan dikekalkan dalam jangka masa yang panjang. Sesi penghujahan kitab ini ditangguhkan sekitar jam 4:30 petang dengan pemberian cenderahati oleh PERWADAH, AGENT dan FKP kepada Fr Eugene. Semua peserta dan tetamu mengambil gambar sebagai kenang–kenangan dan ada yang turut meneruskan perbincangan sambil menikmati jamuan petang. Harapan agar semua peserta dapat bertemu lagi dalam sesi penghujahan kitab akan datang dengan tajuk yang lebih menarik agar dapat memupuk semangat muhibah walaupun berbeza ajaran agama. Jutaan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang menghadiri Program Scriptural Reasoning Siri1/2023 atas kerjasama dan kesudian melapangkan masa. Semoga sesi akan datang dapat memberikan input yang lebih banyak dan berkesan untuk pembangunan mahasiswa dalam keterlibatan dalam bidang keagamaan bersama masyarakat. 21

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=