MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12
Program : Program Scriptural Reasoning Siri 1/2023 Tarikh : 13 Mac 2023 Tempat : Bilik Akidah And Global Outreach Centre (Agent) USIM Bilangan Peserta : 15 Orang Anjuran : Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah Dan Agama (Perwadah), Agent dan FKP 1.0 LAPORAN PROGRAM Laporan Pelaksanaan Program Scriptural Reasoning Siri 1/2023 Program Scriptural Reasoning (Penghujahan Kitab) telah diadakan pada 13 Mac 2023 di bilik Akidah and Global Outreach Centre (AGENT) USIM, jam 3:00 petang. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri dalam kalangan pensyarah, wakil pegawai dari bahagian Pusat Dakwah Islamiah Paroi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), pelajar semasa program Pengajian Akidah dan Agama, dan alumni serta tetamu- tetamu yang datang dari Gereja Katolik Kuala Lumpur. Program dialog muhibah ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) sebagai pendekatan berdialog antara agama dengan menjadikan penghujahan kitab sebagai medium utama. Program ini masih lagi eksklusif dan bersyarat bagi mengelakkan sebarang sentuhan terhadap isu sensitif atau persoalan yang berlebihan sehingga terkeluar dari garisan perbincangan. Tema yang dibawa dalam Penghujahan Kitab Siri 1/2023 ini berkaitan “Penciptaan Adam dan Permusuhan Umat Manusia Dengan Iblis”. Teks petikan dari Al-Quran Surah Al-’raf ayat 10-18 dan juga Bible Genesis bab 3 ayat 1-24 telah disediakan oleh Dr. Wan Mohd Fazrul dan Fr Eugene. Potongan ayat Al-Quran dibacakan oleh saudari Siti Nur Qardina Abdul Rahim, terjemahan Bahasa Melayu dibacakan oleh saudari Anis Sofia Abd Aziz dan terjemahan Bahasa Inggeris dibacakan oleh saudari Nur Ridhwah Mohd Ridhuan. Manakala bacaan petikan Bible dan huraian disampaikan oleh Fr Eugene Bennedict dan rakan–rakannya. Laporan Program Scriptural Reasoning Siri 1/2023 Oleh: Nur Ridhwah Binti Mohd Ridhuan 20
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=