MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

Filem Mentega Terbang adalah sebuah filem bebas yang telah ditayangkan di Indonesia pada tahun 2021. Tetapi telah menjadi isu di Malaysia pada awal bulan Mac 2023. Filem Mentega Terbang mengisahkan seorang remaja perempuan Islam bernama Aisyah yang mempunyai sebuah keluarga yang sederhana seperti kebanyakan keluarga di Malaysia dan dikelilingi oleh watak-watak yang mempunyai pelbagai agama serta kaum. Selain itu kesihatan ibu kepada Aisyah yang menghidap kanser membawa aisyah untuk mengkaji pelbagai Agama berkenaan dengan kehidupan selepas kematian. keagamaan dan pendidikan formal agama. Penulis skrip merasakan dirinya ego kerana kehidupannya di masa lampau setelah menjejakkan diri ke universiti. Tetapi berdasarkan kenyataan Khairi Anwar di Youtube yang bertajuk “Tanya Jawab Filem Mentega Terbang Bersama Khairi Anwar”, Filem Mentega Terbang bertujuan untuk memaparkan sifat keterbukaan ibu bapa yang mendengar persoalan anak mereka berkaitan agama selain Islam dan tidak perlu takut untuk bergaul dengan orang yang berlainan agama. Di Malaysia, filem ini ditayangkan secara tertutup. Penonton filem ini hanyalah terhad kepada orang-orang yang terpilih sahaja. Filem ini mejadi viral kerana terdapat beberapa perkara yang bertentangan dengan agama dan sensitif kepada masyarakat Malaysia. Filem Mentega Terbang ini disahkan bertentangan dengan akidah umat islam oleh JAKIM dan menjadi isu hangat kerana terdapat beberapa perkara yang menyentuh sensitiviti agama Islam. Pertama, babak di dalam filem ini yang salah di sisi hukum-hakam. Misalnya, babak Aisyah memegang seekor anjing tanpa keraguan. Menjadi satu pegangan kepada umat Islam di Malaysia yang berpegang dengan Mazhab Syafie dan menjadi perkara yang pelik kepada orang Melayu untuk memegang anjing biarpun dengan berlapik tanpa sebarang keperluan yang penting. Selain itu adalah keinginan Aisyah untuk memakan pau berinti babi. Telah diketahui oleh orang Islam dan juga orang bukan Islam, bahawa babi merupakan binatang yang haram dimakan dan digunakan oleh orang Islam. Seterusnya bapa Aisyah merelakan anaknya untuk Mentega Terbang : Pencarian Kebenaran Dengan Perasaan Oleh: Lt Mohd Syahril bin Abd Ghani, Alumni Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM Pengarah dan penulis skrip Mentega Terbang ialah Mohd Khairi Anwar Jailani. Filem ini dibuat bagi penyertaan Jogja- NETPAC Asian Film Festival 2021. Filem Mentega Terbang adalah berkisar tentang kehidupan penulis skrip itu sendiri yang dibesarkan dalam suasana 18

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=