MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

bernilai serendah satu sen sahaja. Apatah lagi mengelakkan daripada amalan kronisme dan nepotisme yang akhirnya menjatuhkan nilai integriti ajaran Nabi Muhammad SAW. Kesemua ikhtiar dan usaha umat Islam ini tidak boleh sekali-kali dipisahkan daripada aspek adab dan akhlak, apatah lagi diceraikan daripada panduan hukum dan syariat Allah SWT. Oleh itu, terdapat pelbagai adab dan akhlak yang sewajibnya diperhatikan secara teliti oleh umat Islam dalam adab bekerja. Tawakal tidak sepatutnya disalah fahami sebagai alasan untuk bermalas-malasan dan tidak berusaha. Zuhud pula tidak seharusnya dijadikan punca kepada kemunduran kemajuan ilmu, inovasi dan ekonomi dalam umat Islam. Sesuai dengan definisi warak yang dihuraikan oleh Imam al-Muhasibi iaitu menjauhi setiap perkara yang dibenci oleh Allah SWT, melaksanakan segala perintah Allah SWT daripada aspek perkataan, perbuatan dan perasaan hati melalui amalan muhasabah sebelum, semasa dan selepas membuat pekerjaan. Kitab ini amat baik dibaca, diteliti dan dihadam selumatnya oleh semua umat Islam, terutamanya oleh para pelajar dan pengajar Pengajian Islam. Dalam zaman penuh cabaran pekerjaan, masalah ekonomi dan persaingan antara negara ini, semua umat Islam seharusnya memiliki kefahaman dan penghayatan yang kukuh berkenaan adab bekerja yang diajarkan dalam Islam. Agama Islam menuntut semua umatnya untuk bekerja menurut panduan syariat Islam, mengambil apa yang halal dan tayyib, menjauhi segala perkara yang meragukan serta haram. Kewarakan dapat mengelakkan daripada pengamalan unsur gharar (menipu), ihtikar (monopoli), dan istighlal (manipulasi) meskipun dalam persoalan Menerusi kefahaman dan penghayatan yang kukuh ini diharapkan dapat melahirkan umat Islam yang baik serta seimbang dari sudut pekerjaan. Diharapkan kita semua dapat menjadi umat Islam contoh yang sederhana dan pertengahan. Kaya dan kuat dengan hasil kerja yang halal dan baik. Hidup sederhana dan cukup kerana zuhud dan warak. Tidak malas ataupun fatalis dari satu sisi. Tidak juga obsesif dan materialis dari sisi yang lainnya. Seterusnya mendapat hasanah di dunia dan di akhirat demi kesejahteraan dunia sejagat. 14

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=