MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12
Oleh itu, Imam Al-Harith Al-Muhasibi telah menulis mengenai adab bekerja dan berikhtiar yang sebenar ini menerusi tajuk Al-Makasib wa al-Wara’ wa al- Shubhah wa Bayan Mubahiha wa Mahzuriha wa Ikhtilaf al-Nas Fi Talabiha wa al-Radd ala al-Ghalitin Fiha (Adab Bekerja, Mengamalkan Warak, Menghindari Syubhah, dan Penjelasan Mengenai Keharusan dan Keharamannya, dan Perbezaan Kefahaman Manusia Dalam Menunaikan Pekerjaan, Dan Penolakan Hujah Oleh Orang Yang Tersalah Dalam Perkara Ini). Sesuai dengan tajuk yang panjang bagi kitab ini, kita sudah dapat menggambarkan kandungan kitab yang menjelaskan berkenaan adab bekerja, konsep warak dalam kehidupan, nasihat menjauhkan perkara syubhah atau meragukan dalam pekerjaan, dan beberapa persoalan yang penting berkaitan mencari hasil kehidupan. Sebenarnya, konsep zuhud Islam tidak bermaksud memudaratkan diri dan kehidupan seseorang. Konsep zuhud dan ajaran sufi yang hakiki adalah berasal daripada petunjuk syariat Islam yang tulen dan sahih. Seperti mana yang selalu dinukilkan daripada Imam al- Junayd al-Baghdadi: “Ilmu (tasawuf) kami ini terikat dengan al-Quran dan al- Sunnah.” Hakikat zuhud dalam Islam adalah seperti dalam gambaran Imam Ahmad b. Hanbal: “zuhud itu ada tiga bentuk. Pertama, meninggalkan yang haram. Inilah zuhud para awam. Kedua, meninggalkan yang berlebih-lebihan daripada yang halal. Inilah zuhud ahli khusus. Ketiga, meninggalkan semua perkara yang menyibukkan diri daripada Allah. Inilah zuhud para ‘arifin (orang- orang yang mengenali Allah sebenar- benarnya)”. 12
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=