MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

bagi ramai ahli sufi dan pelbagai tarekat tasawuf di seluruh dunia. Pengaruh keilmuan dan adab Imam al-Muhasibi kepada masyarakat Islam juga tidak hanya terhad pada zaman kontemporarinya. Ramai tokoh Islam muktabar turut mengiktiraf dan mengambil manfaat daripada sumbangan keilmuan Imam al-Muhasibi. Antara tokoh ini adalah Imam Al-Sarraj al-Tusi (m. 378H), Imam Abu Bakr al- Kalabadhi (m. 380H), Imam Abu Nu'aym al-Asfahani (m. 430H), Imam Abu Al- Qasim Al-Qushayri (m. 465H), Imam Al- Ghazali (m. 505H), dan Imam Abd al- Wahhab al-Sha'rani (m. 973H). Pandangan Kesufian Mengenai Adab Bekerja Dan Berikhtiar Terdapat segelintir orientalis dan ilmuwan Islam yang agak terkejut apabila mendapati persoalan berkenaan bekerja dan berikhtiar turut diulas serta dihuraikan oleh para ulama sufi Islam. Kejutan dan kekaguman ini timbul kerana pelbagai sebab. Antara sebab ini adalah kerana persepsi negatif yang dinisbahkan kepada ilmuwan sufi dan pengamal tasawuf Islam sebagai kaum yang zuhud atau ascetic dan meninggalkan dunia secara mutlak. Dalam pandangan David Samuel Margoliouth (1858-1940) dan A.J. Arberry (1905-1969). Misalnya, dikaitkan konsep zuhud kepada konsep panteisme. Kaum sufi juga digambarkan sebagai masyarakat yang terlalu miskin, sangat rendah diri, dan mempunyai kesihatan yang sangat buruk. Malah, konsep hidup zuhud ini dianggap mungkin diambil daripada ajaran agama bukan Islam seperti Hindu, Buddha, dan Kristian. al-Ghalitin Fiha (Adab Bekerja, Mengamalkan Warak, Menghindari Syubhah, dan Penjelasan Mengenai Keharusan dan Keharamannya, dan Perbezaan Kefahaman Manusia Dalam Menunaikan Pekerjaan, Dan Penolakan Hujah Oleh Orang Yang Tersalah Dalam Perkara Ini). Siapakah Imam Al-Harith Al-Muhasibi (170-243H / 781-857M)? Nama penuh beliau adalah Abu Abdillah Harith b. Asad al-Basri al-Muhasibi. Beliau hidup dalam zaman kegemilangan ilmu pada era Khalifah Ma’mun iaitu antara pembesar hebat dalam pemerintahan Abbasiyyah. Ramai ulama yang muncul pada zaman ini seperti Imam Muhammad b. Idris al- Shafi’i (150-204H) dan Al-Imam Ahmad b. Hanbal (164-241H). Beliau dilahirkan pada tahun 170H/781M di Basrah dan meninggal dunia pada tahun 243H/857M di Baghdad. Beliau dinamakan al-Muhasibi kerana sifatnya yang sangat kuat membuat muhasabah diri. Beliau juga sangat terkenal dengan sifat warak dan zuhud dalam kalangan ramai ulama sufi. Beliau telah menulis pelbagai kitab seperti al- Ri’ayah Li Huquq Allah (Memelihara hak- hak Allah), Risalah al-Mustarshidin (Risalah Orang Yang Memohon Petunjuk), Adab al-Nufus (Adab menjaga hawa nafsu), Al-Taubah , dan Kitab al- Makasib yang diulas oleh artikel ini. Antara murid beliau yang terkenal adalah Imam al-Junayd al-Baghdadi (215-298H) yang menjadi rujukan utama 11

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=