MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

Adab Bekerja Dan Berikhtiar Dalam Kehidupan Menurut Perspektif Kesufian Imam Al-Harith Al-Muhasibi (170-243H / 781- 857M) Oleh: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Pensyarah Kanan, Program Pengajian Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM Islam Agama Ilmu Dan Amal Islam adalah akidah, syariah dan akhlak. Islam mengajarkan aspek penting untuk kehidupan dunia dan akhirat. Islam juga adalah agama ilmu dan amal, bukan teori semata-mata seperti dalam sangkaan sebilangan orang yang keliru mengenai ajaran agama ini. Mungkin mereka menyangka ajaran Islam ini sama dengan teori-teori falsafah atau spekulasi dalam Taman Akademe, maka digeneralisasikan bahawa Islam adalah semata-mata teori dan nazari. Aspek amali dan tatbiqi itu hanyalah tafsiran yang dibuat oleh orang perseorangan atau kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Ramai ulama muktabar Islam yang telah menjelaskan hakikat sebenar perkara ini dengan ulasan dan penghujahan yang baik sekali. Malah, ulasan dan penghujahan ini dibukukan untuk kefahaman dan rujukan umat Islam seluas-luasnya. Perbincangan berkenaan aspek ilmu dan teoretikal Islam dibahaskan secara meluas dalam bidang akidah, pemikiran Islam, usul al-fiqh dan falsafah Islam. Perbincangan berkenaan aspek amali dan tatbiqi bagi agama Islam pula termasuk dalam perbahasan berkenaan aspek syariah, adab, dan akhlak dalam turath dan khazanah ilmiah ulama Islam. Terdapat ulama yang memasukkan perbincangan mengenai aspek amal dalam Islam ini menerusi perbincangan mengenai kepentingan bekerja dan berikhtiar dalam meneruskan kehidupan (al-Kasb atau al-Makasib). Antara ulama ini adalah 1) Imam Muhammad b. Al- Hasan al-Shaybani (131-189H) menerusi Kitab al-Kasb, 2) Imam Ab ū Bakr al- Khal ā l (235-311H) menerusi Kitab al- Hathth Ala al-Tijarah wa al-Sina’ah wa al-Amal, 3) Imam Muhammad b. Ahmad al-Sarakhsi (m. 483H) yang menghuraikan Kitab al-Kasb oleh Imam al-Shaybani, 4) Imam al-Ghazali (450- 505H) menerusi Kitab Adab Al-Kasb Wa al-Ma’ash dalam Ihya Ulum al-Din. Artikel ini mengulas secara ringkas sebuah karya dalam tema yang sama oleh Imam Al-Harith Al-Muhasibi (170- 243H / 781–857M). Karya ini bertajuk Al- Makasib wa al-Wara’ wa al-Shubhah wa Bayan Mubahiha wa Mahzuriha wa Ikhtilaf al-Nas Fi Talabiha wa al-Radd ala 10

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=