MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

Perkongsian tentang hiburan dan kekayaan sebenarnya bukan sekadar untuk perhatian netizen, tetapi dahagakan pujian. Menurut Miskawayh, orang yang sukakan pujian yang melampau ini berpotensi untuk menjadi tidak adil kepada orang lain terutama orang yang rapat dengan mereka seperti ahli keluarga dan sahabat handai. Ini kerana mereka tidak akan merasa puas dengan apa yang sudah ada di tangan mereka. Mereka sentiasa ingin kepada apa yang ada di tangan orang lain malahan, lebih daripada itu. Mereka juga inginkan perhatian orang sekeliling dan ingin menjadi popular. Inilah antara penyakit hati yang boleh mendatangi mereka yang melakukan kesilapan perkongsian di media sosial. Oleh itu, keadaan ini seterusnya boleh membawa kepada keroskan akhlak dan penyakit hati. Bermula dengan hiburan dan kemewahan, seseorang akan mula berkelakuan dengan sifat mazmumah yang paling bahaya. Sifat mazmumah ini ialah sombong dan bongkak. Sifat inilah juga yang menyebabkan iblis dibuang daripada syurga kerana merasa sombong dengan ciptaannya berbanding dengan Nabi Adam AS. Seseorang yang sombong akan memperkecilkan orang lain dan pada masa yang sama merasakan dirinya lebih tinggi atau lebih baik daripada orang lain. Oleh itu, seseorang yang sombong dan bongkak tidak akan mempunyai sahabat kerana menurut Miskawayh, tidak akan ada persahabatan yang akan kekal dengan sifat tersebut. Bahkan, persahabatan yang telah terjalin juga akan bertukar menjadi permusuhan dan dendam. Sebagai kesimpulan, setiap pengguna media sosial terutamanya dalam kalangan belia hendaklah berwaspada terhadap setiap perkongsian yang telah dilakukan di media sosial. Hal ini kerana, setiap pengguna terdedah untuk membuka aib sendiri. Penulisan atau sebarang kandungan digital yang dikongsikan akan memberikan cerminan kepada orang lain tentang siapakah kita. Perkongsian yang baik dan bermanfaat akan mencerminkan kebaikan kita manakala perkongsian yang tidak baik seperti perkongsian tentang hiburan dan kekayaan akan mencerminkan keburukan kita. Jadilah orang yang baik dan memberikan cerminan yang baik kepada semua melalui perkongsian di media sosial. 9

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=