MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

Hadis ini menjelaskan tentang kepentingan masa muda dan peringatan agar tidak menyia-nyiakan masa tersebut dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Kecenderungan seseorang kepada kerehatan dan tidak suka kepada aktiviti yang susah adalah ciri orang yang suka kepada keseronokan dan mempunyai potensi untuk gagal melunaskan tanggungjawabnya. Oleh kerana refleksi daripada perkongsian tentang hiburan dan aktiviti keseronokan ini tidak baik, maka pengguna media sosial terutama dalam kalangan belia hendaklah berusaha untuk mengelakkannyaataupun meminimumkannya. Ini kerana terdapat dalam kalangan mereka yang hanya berkongsikan tentang hiburan dan keseronokan sahaja di media sosial sedangkan perbuatan tersebut tidak memberikan manfaat yang baik kepada diri mereka. Apatah lagi menurut Miskawayh kumpulan manusia yang mengejar keseronokan dan berkongsi tentang ini adalah mereka yang hanya mencari keseronokan yang bersifat haiwani atau al-bahimiyyah semata-mata. Sedangkan matlamat kehidupan manusiawi lebih tinggi dan mulia daripada itu. Larangan kedua adalah larangan berkongsi tentang harta dan kekayaan di media sosial. Ini kerana Miskawayh meletakkan ciri-ciri seorang sahabat yang tidak baik ialah seseorang yang mudah tertarik kepada harta seperti emas dan perak. Perkongsian tentang harta dan kekayaan ini sebenarnya berpotensi untuk membawa kepada fitnah dan permusuhan yang terhasil daripada sifat dendam, dengki dan iri hati. Seseorang yang dikurniakan oleh Tuhan dengan kesenangan dan kemewahan tidak perlu berkongsi semuanya di media sosial. Perkara yang paling utama apabila dikurniakan dengan nikmat sebegini adalah syukur dan memberi manfaat kepada orang lain melalui sedekah. Amalan bersedekah bukan sahaja mulia bahkan, diberikan pahala berlipat kali ganda daripada Allah seperti firman-Nya: ض ا ً ر ْ ق َ لا ل ض وا ُ ر َ ق ْ ا َ و َ ت ِ ق ٰ د ِ ص َ م ُ ل ْ و ا َ ن َ ي ْ ق ِ د ِ ص َ م ُ ل ْ ا ن َ ا ِ م ٌ ي ْ ر ِ ك َ ر ٌ ج ْ ا َ م ْ ه ُ ل َ و َ م ْ ه ُ ل َ ف ُ ع َ ض ٰ ي ُ نا ً س َ ح َ “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (al- Ḥ ad ī d 57:18) Oleh yang demikian, perkongsian secara maya di media sosial tentang harta dan kemewahan bukanlah maksud dan keinginan agama yang sebenar. Harta dan kekayaan yang ingin dikongsikan hendaklah dalam bentuk fizikal bukan secara maya. Ini kerana perkongsian secara maya di media sosial akan dibaca oleh netizen dalam bentuk pemberitahuan contohnya “aku mempunyai banglo”, “aku mempunyai kereta mewah” dan sebagainya. Perkongsian yang sebenar adalah turun ke lapangan berjumpa dengan anak yatim dan fakir miskin serta membantu mereka melalui pemberian zakat, sedekah ataupun bantuan wakaf. 8

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=