MAJALAH AL-HIKMAH EDISI KE 12

Golongan yang aktif menggunakan platform media sosial adalah golongan belia. Kumpulan ini aktif berkongsi di pelbagai media sosial arus perdana seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan Tiktok. Setiap perkongsian akan diberikan tanda like atau love dan mungkin juga akan terus dikongsikan bagi tujuan viral. Oleh itu, banyak perkongsian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan respon yang baik daripada pengguna lain iaitu like, love dan share dan seterusnya dapat meningkatkan jumlah pengikut mereka di media sosial yang dikenali dengan istilah friends, followers atau subscribers. Dalam keghairahan ini, pengguna media sosial terutamanya belia hendaklah berwaspada kerana sebarang bentuk perkongsian yang telah dilakukan di media sosial akan memberikan cerminan tentang siapa kita. Seorang yang baik akan sentiasa berkongsi kandungan media yang baik dan bermanfaat manakala sebaliknya seseorang yang jahat akan berkongsi kandungan media yang tidak baik. Sebagai panduan dalam berkongsi sesuatu di media sosial, terdapat dua larangan utama perkongsian di media sosial. Dua larangan ini diambil manfaat daripada kitab Tahdh ī b al-Akhl ā q , karangan Miskawayh dalam bab berkenaan dengan panduan memilih sahabat. Penulisan tentang persahabatan oleh Miskawayh lebih umum. Namun, penulis telah memberikan pentafsiran lanjut terhadap panduan tersebut sesuai tajuk dan objektif penulisan makalah ini. Bagi pengguna media sosial terutama dalam kalangan belia hendaklah mengelakkan diri daripada kerap berkongsi tentang aktivitinya yang terkait dengan hiburan dan keseronokan seperti nyanyian dan persembahan lawak jenaka. Menurut Miskawayh, orang yang sukakan hiburan dan keseronokan tidak suka kepada aktiviti yang susah dan mencabar. Mereka mudah lupa kerana leka dengan hiburan dan lalai sedangkan usia muda seseorang perlu dimanfaatkan sepenuhnya seperti hadis Nabi Muhammad SAW: و َ ك َ م ِ ر َ ه َ ل َ ب ْ ق َ ك َ ب َ ب ا َ ش َ : س ٍ م ْ خ َ ل َ ب ْ ق َ س ا ً م ْ خ َ م ْ ن ِ ت َ غ ْ ا ِ ك َ غ َ ر ا َ ف َ و َ ك َ ر ِ ق ْ ف َ ل َ ب ْ ق َ ك َ نا َ غ ِ و َ ك َ م ِ ق َ س َ ل َ ب ْ ق َ ك َ ت َ ح ّ ص ِ ت ِ و ْ م َ ل َ ب ْ ق َ ك َ ت َ ي ا َ ح َ و َ ك َ ل ِ غ ْ ش َ ل َ ب ْ ق َ “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al- Baihaqi). 7

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=