Al-Hikmah Edisi 11 | 2023

6 Dalam konteks pemikiran Islam dan siyāsah;al-Quran, al-Sunnah dan pandangan para ulama seharusnya dijadikan sandaran untuk bersatu dan mengukuhkan kefahaman, amalan dan penghayatan Islam dalam kalangan masyarakat. Bukannya punca perbezaan, perpecahan dan pemisahan. Sesuai dengan ungkapan para ulama dan hukama’ kita: كف تفريقا للأمة باسم القرآن والسنة، باسم السلف ي (ص) الصالح، باسم النب Maksudnya: cukuplah perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam atas nama al-Quran dan al-Sunnah, al-Salaf al- Salih dan Nabi SAW. Dalam konteks negara Malaysia, syiar Islam yang diamalkan adalah menurut tradisi Ahli Sunnah Waljamaah, iaitu mengamalkan kaedah akidah Ashācirah dan Māturidiyyah, mazhab fiqh al- Shāficiyyah dan tasawwuf aliran Imam Junayd al- Baghdadi dan Imam al-Ghazali. Pengurusan hal ehwal agama pula adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, bukannyakerajaan persekutuan melainkan untuk aspek keseragaman pentadbiran dan keselarasan pengamalan hukum syarak. Dalam kesimpulan syarahan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Abdul Shukor di UKM tahun 1998 dijelaskan: “Oleh itu masyarakat Islam harus didedah dan dididik dengan pemahaman yang mendalam dan betul tentang aliran Ahli Sunnah Waljamaah. Semua lapisan masyarakat Islam terutamanya pihak berkuasa agama patut berusaha mencegah dan menghalangfahaman dan aliran lain yang boleh menghakis pegangan masyarakat Islam kepada Ahli Sunah Waljamaah yang sebenar. Maka usaha yang lebih gigih perlulah memantapkan lagi enakmen dan undang- undang pentadbiran agama Islam dan penguatkuasaan yang menyeluruh termasuk jenayah akidah dan kerohanian. Kesatuan manhaj dalam fahaman dan pegangan akidah Islam boleh memberikan impak besar pada keseragaman pegangan akidah, amalan syariah dan sistem akhlak serta dapat menyumbang secara berterusan kepada kestabilan masyarakat dan perpaduan umat Islam (hal. 40).”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=