Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
5 Resensi Kitab Al-Sunnah Wa Al-Bid’ah Oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi (1926-2022) Oleh: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali Pensyarah Kanan, Program Akidah dan Agama,Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM Masalah Sunnah dan Bid’ah di Malaysia Terdapat banyak keputusan fatwayang telah dikeluarkan oleh pelbagai Jabatan Mufti Negeri kerana kekeliruan dalam Kitab al-Sunnah Wa al-Bid’ah oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi ini telah diperkenalkan kepada penulis dalam kursus al-Sunnah Wa al-Bid’ah semasa pengajian Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam (dengan kepujian). Kursus ini ketika itu dikendalikan oleh Dr Afaf Abdul Ghafoor Hamid (kini bertugas di Kolej Universiti Islam Perlis) dan Dr Nor Zulaili Mohd Ghazali daripada Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS). Kursus ini sangat penting dalam memberikan kefahaman mengenai isu yang sering kali mencetuskan krisis pemikiran, kecelaruan kefahaman dan konflik pengamalan agama dalam masyarakat MuslimMalaysia. Antara isu yang sering dimainkan setiap tahun adalah sambutan pelbagai syiar Islam seperti: maulid Nabi, nisfu Syaaban, nuzul Quran; amalan qunut Subuh, selawat dengan lafaz saidina, lafaz usalli dalam niat solat, tarawih 8 atau 20 rakaat, berselawat dalam rehat solat tarawih, menghadiahkan pahala bacaan Quran kepada orang yang telah meninggal dunia dan banyak. kalangan masyarakat mengenai isu bid’ah hasanah, bid’ah dalalah, sunnah Nabi SAW dan masā’il ijtihādiyyah. Kefahaman dan pengetahuan yang baik mengenai isu sunnah dan bid’ah ini perlu diperkukuhkan dan diselaraskan dengan keputusan ulil amri agama, terutamanya dalam persoalan khilafiah, bagi mengelakkan kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat dalam hal ehwal agama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=