Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
29 Tips #4 - Boleh beri tips kepimpinan tak? Sebagaimana otak, IQ manusia juga berbeza- beza. Kepimpinan adalah pembelajaran di luar buku teks. Cara yang terbaik adalah kesediaan kita untuk belajar sesuatu yang baharu (walaupon sulit) dan pengalaman daripada senior yang dah melaluinya. Ia perlukan kesabaran. Rasa tanggungjawab juga perlu ada dalam diri saat mulanya terlantik menjawat sesuatu jawatan, menyebabkan kita ada motivasi untuk melangkah lebih jauh. Falsafah saya, andai kita ambil berat suatu perkara, perkara itu akan jadi ringan. Andai kita ambil ringan suatu perkara, perkara itu akan terasaberat. 4. Kata - kata motivasi untukberjaya "Danger is real, but fear is a choice." 5. Nasihat buat pelajar - pelajar akidah dan pelajar secara umumya . Paling penting, dalam hidup kena ada motivasi. Apa itu motivasi? Motivasi berasal daripada kata motif, atau tujuan atau objektif. Dalam setiap perkara yang kita lakukan kena ada motif, tujuan asal sememangnya untuk ibadah, namun niat yang betul akan memandu pada gerak kerja dan perlakuan yang betul. Sekiranya motif atau tujuan sudah salah (seperti mahukan kemasyhuran, dikenali ramai, dan sebagainya) pastinya gerak kerja dan tugasan yang diberikan tidak dapat dilakukandengan sempurna, hanya sekadar melepaskan batok di tangga. Cuba betulkan niat ikhlas kerana Allah, inshaa Allah Dia bantu :) Sekian, itu sahaja dari saya :)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=