Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
28 pekerjaan tetap, sehinggalah saya bersekolah menengah. Disitu, saya melihat jerih perih ibu ayah berusaha mencari kehidupan untuk kami sekeluarga, dan mula berfikir dan tekad untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. (sehingga kini saya masih menyimpan gambar ibu ayah dalam dompet, apabila rasa down saya buka dan tatap wajah mereka ❤ ) 3. Tips-tips untuk dikongsi sebagaipelajar (aspek pembahagian masa dengan persatuan dan belajar/cara nak fokus dalam kelas/cara untuk mudah memahami sesuatu pembelajaran / kepimpinan / dll) Tip #1 - Bagaimana urus masa sebaiknya antara belajar, berpersatuan, atau kendiri (me time) ? Bilamana kita tahu masa kita tidak banyak untuk satu-satu perkara, kita akan hargai setiap detik yang berlalu,pasti dan pasti kita takkan bazirkan masa yang berbaki. Jadi, apabila belajar dalam kelas atau discussion, fokus betul-betul, bincang betul- betul. Bila dengan persatuan, kerahkan idea dan tenaga sebaiknya. Bila masa kendiri bersukan contohnya, sukan betul-betul, dan yang pasti rehat secukupnya lah, kalau sakit nanti, satu apa pun tak akan jalan. Tips #2 - Apa cara nak fokus dalamkelas? Rata-rata otak manusia boleh fokussekitar 30 ke 60 minit sahaja, lepas daripada tu memang perlukan rehat, makan, ke tandas, strecthing sikit-sikit. Namun cara terbaik yang boleh diamalkan cuba fokus sebaiknya bila pensyarah mensyarahkan sesuatu, jangan sembang sangat dengan kawan, sekadar hilangkan ngantuk tu boleh lah. Lagi satu, untuk mengelakkan mengantuk duduklah depan, duduk belakang ilmu lambat sampaisebab jauh. Tips #3 - Apa cara ulangkaji yang terbaik? Saya selalu amalkan teknik Pomodoro. (kita ada belajar dulu dalam subjek Creative Thinking Problem Solving, CTPS) teknik nimencadangkan 1 pomodoro = 30 minit. Bergantung pada apa yang kita nak belajar, mengambil berapa pomodoro. Contohnya saya ambil 2 set pomodoro, jadi saya akan fokus ulangkaji selama 25 minit, dan berehat 5 minit untuk ke tandas/main telefon/makan dan lain-lain. Sambung pomodoro kedua, ulangi langkah yang sama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=