Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
        
 27 Tokoh Siswa Akidah: Muhammad Khairunnas bin Naseri (Mantan Presiden PERWADAH 2021/2022) 1. Latar belakang secara ringkas Assalammualaikum semua! Saya, Muhammad Khairunnas bin Naseri berasal dari Hulu Langat, Selangor. Saya dilahirkan pada tanggal 13 Jun 1997 dan merupakan anak sulung daripada 3 adik- beradik. Hobi saya adalah mengkaji dan bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah suatu hari nanti. Insha Allah:) Saya merupakan bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Hulu Langat (SAMTEN) dari  tahun 2010-2014  mengambil  aliran Sains Tulen Agama. Seterusnya, menyambung pelajaran ke tahapDiploma Tahfiz al-Quran wal Qiraat di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM kini dikenali sebagai UNIMEL) pada tahun 2015-2018  dan  kini sedang  menuntut  di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam program Sarjana Muda Pengajian Akidah dan Agama. Antara jawatan dan pencapaian yang saya capai: SPM - 6A Diploma - 3.75 (CGPA) 2014  -  Pengerusi  Badan  Dakwah  dan Rohani (BADAR), SAMTEN 2016 - Exco Agama & Kerohanian Kelab Mahasiswa Tahfiz Qiraat (KMTQ), KUIM 2017    -    Exco    Komunikasi    & Perhubungan KMTQ, KUIM 2020 - Pengerusi Kelab Bahasa Arab Fakulti (Nadi Hadarah FKP),USIM 2021   -   Presiden   Rakan   Siswa YADIM (RSY) USIM, Presiden Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) FKP, USIM 2. Siapakah Idola saudara? Mengapa? Setiap manusia di dunia ini ada idola masing-masing dan bagi saya, ibu dan ayah saya, mereka merupakan motivasi terbesar saya dalam pelajaran dan mengejar cita-cita. Ibu saya seorang Guru Agama, namun pendidikannya hanya sekadar SPM sahaja. Ayah saya seorang jurutera, mendapat pendidikan daripada Universiti Malaya (UM) sehingga peringkat Sarjana Muda. Jadi, sangat besar harapan mereka pada saya selaku anak sulung yang mengambil jurusan agama dapat melangkah ke universiti. Sejak kecil lagi saya memasang azam untuk belajar bersungguh- sungguh untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan, kerana semasa saya kecil ayah saya masih belummendapat
        
         Made with FlippingBook 
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=