Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
25 Laporan Pelaksanaan Bengkel Scriptural Reasoning Usim Oleh: Teh Nur Adabiah Binti Aminuddin dan Muhammad Arham Bin Muhamad Muszaki (Jawatankuasa Scriptural Reasoning FKP, USIM) Assalamualaikum wbt. Pada hari sabtu, 26 November 2022, Program Pengajian Akidah dan Agama Fakulti Kempimpinan dan Pengurusan (FKP) telah mengadakan Bengkel Scriptural Reasoning yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) bermula dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini turut disertai oleh 15 orang yang terdiri daripada 3 orang pensyarah dan 10 orang pelajar daripada Program Pengajian Akidahdan Agama. Pelbagai perkongsian yang telahdisampaikan oleh para pensyarah bermula dari sesi 1 (Pengenalan Scriptural Reasoning: Konsep, Sejarah, Objektif, Fatwa dan Kaedah), kemudian sesi ke-2 (Perbandingan Beberapa Ajaran dalam Agama Islam dan Kristian: Persamaan dan Perbezaan), diteruskan lagi sesi ke-3 (Gerakan Misionari Semasa: Sejarah dan Kaedah) dan diakhiri dengan simulasi Scriptural Reasoning yang dilaksanakan oleh para ahli Scriptual Reasoning. Antara nama penceramah yang memberikan perkongsian: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi WanRazali. Dr. Marina Munira Abdul Mutalib. Dr. Roslizawati Mohd Ramly. Program Scriptural Reasoning ini merupakan satu usaha yang akan: Meningkatkan kemahiran pelajar - pelajar dalam mengendalikan Program Scriptural Reasoning USIM. Memberi penekanan kepada kepentingan memeliharahubungan muhibah antara penganut agama Islam dan bukan Islam di Malaysia serta di peringkat antarabangsa. Memberi pendedahan kepada pelbagai teknik dialog antara agama dan perbincangan bersama penganut agama bukan Islam. Melalui bengkel ini, para pensyarah telah berjaya mencapai objektif untuk memberikan pemahaman mengenai Program Scriptural Reasoning kepada semua ahli Scriptural Reasoning. Hasil daripada perkongsian bengkel tersebut, kita dapat melihat bahawa sesetengah perkara dalam bible itu mempunyai persamaan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=