Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
23 Islam ini juga mampu untuk melahirkan seorang pegawai tadbir, pegawai agama, eksekutif, pegawai bimbingan dan kaunseling Islam, pegawai di sektor-sektor komunikasi dan media, konsultan, pendakwah, penasihat agama, pakar motivasi dan sebagainya. Selain itu, graduan pengajian Islam juga boleh bekerja di pelbagai sektor awam atau swasta kerana kebanyakannyamempunyai bahagian Islam. Bidang pengajian Islam ini juga merupakan keperluan semasa zaman kini. Juga turut disebutkan oleh Professor Madya Dr. Rosmizi bahawa pelajar pengajian Islam bukan hanya sekadar menghafal al-Quran dan membaca kitab namun mereka boleh meneroka pelbagai bidang yang lain. Sebagai contoh, di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, pelajar boleh mempelajari bidang komunikasi dan media seperti sebagai pengacara iaitu yang disediakan di dalam program Komunikasi dan program Media Baharu. Tambahan pula, pelajar pengajian Islam bukan hanya mampu bekerja bahkan mampu memberi kerja kepada orang lain. Contohnya, terdapat alumni-alumni pengajian Islam USIM yang sudah berjaya membangunkan syarikat endiri seperti syarikat buku dan pengajian al-Quran. Setiap program yang dijalankan, pasti mempunyai sesuatu harapan yang ingin dicapai menerusi program tersebut. Harapan Professor Madya Dr. Rosmizi menerusi Program Bersama Ke Menara Gading ialah dapat memberi paradigma baru atau perubahan yang positif kepada para pelajar dalam bidang pengajian Islam agar semangat mereka terus meningkat dengan lebih baik, menjadi pelajar yang bersyukur dan berbangga kerana berada di bawah bidang pengajian Islam. USIM ingin memprofesionalkan Muslim, contohnya dari segi pakaian, pengurusan dan sebagainya dek kerana hari ini kita lihat Islam dipandang rendah oleh masyarakat luar. Selain itu, kita harapkan untuk melihat lebih ramai pelajar pengajian Islam yang berjaya dalam kerjaya masing-masing dan berjaya memasuki mana-mana universiti terutamanya para pelajar Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor. Dikatakan juga oleh Professor Madya Dr. Rosmizi, tidak kisah sama ada pelajar tersebut memilih bidang di luar pengajian Islam sekalipun kerana kita (Muslim) juga perlu berkembang ke dalam bidang yang berlainan untuk mengembangkan Islam kerana
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=