Al-Hikmah Edisi 11 | 2023

22 Mereka mungkin keletihan kerana terlibat dengan kelas tambahan dan program- program yang diadakan. Justeru, program Bersama ke Menara Gading ini adalah satu program yang membantu memudahkan jalan mereka untukmemilih haluan mereka setelah tamat belajar di peringkat sekolah menengah. Melalui perkongsian pengalaman daripada pensyarah, alumni dan PERWARDAH, diharapkan paduan imput ini dapat dijadikan panduan kepada parapelajar. Program Bersama Menuju ke Menara Gading ini merupakan program rintis, di mana Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor akan dijadikan sekolah angkat USIM. Para pelajar yang mempunyai latar belakang pengajian agama adalah harapan untuk menjadi pemimpin kita di masa hadapan. Oleh kerana itu, kita perlu merekrut mereka dengan lebih awal untuk memajukan agama kita. Menurut Professor Madya Dr. Rosmizi, antara kelebihan program Menuju ke Menara Gading adalahdari segi pembakar semangat. Para pelajar dapat mendengar secara langsung tentang universiti daripada wakil universiti sendiri iaitu yang terdiri daripada para pensyarah dan pelajar yang berkongsikan pengalaman menurut perspektif mereka iaitu sebelum, semasa dan selepas masuk ke universiti. Turut juga diberikan panduan untuk mereka masuk ke universiti dengan membentangkan syarat-syarat, subjek- subjek dan sebagainya sebagaipendedahan awal kepada para pelajar tentang kehidupan mereka sebagai bakalmahasiswa dan mahasiswi. Selanjutnya, Professor Madya Dr. Rosmizi juga berkongsi dengan para pelajar tentang peluang- peluang kerjaya dalam bidang pengajian Islam, universiti pilihan, serta program-program yang ditawarkan di USIM agar dapat membuka mata dan minda pelajar pengajian Islam tentang pelbagai peluang kerjaya. Hal inidemikian kerana ramai yang tidak tahu bahawa bidang pengajian Islam ini skopnya lebih besar berbanding bidang profesional yang hanya menjurus kepadasesuatu bidang. Misalnya, bidang seni bina di mana pekerjaan ini jika sudah penuh kuotanya maka sukar untuk mereka bekerja. Professor Madya Dr. Rosmizi juga menyatakan bahawa sebelum ini ramai beranggapan bahawa graduan bidang pengajian Islam ini hanya mampu menjadi seorang ustaz atau ustazah sahaja. Namun, hakikatnya, bidang pengajian Islam ini sangat luas dan di luar sana terdapat banyak peluang kerjaya. Tidak dinafikan bahawa kerjaya sebagai guru itu dalah asas bagi bidang pengajian Islam kerana jawatan guru pada era kini juga sentiasa tidak mencukupi akan tetapi bidang pengajian

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=