Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
21 4.0 Tempat Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra, Jalan Kuala Pilah, Ampangan, Negeri Sembilan. 5.0 Peserta Terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas dan bawah. 6.0 Pengisian Aktiviti 6.1 Aktiviti Sepanjang Program Pada hari Sabtubersamaan 29 Oktober 2022,Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Agama Dato' Klana Petra telah menjalankan program “Bersama ke Menara Gading” di Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra. Program tersebut bermula dari pagihingga ke tengah hari. Program inijuga telah menyasarkan pelajar daripada tingkatan 5 dan tingkatan 6 atas dan bawah yang mana selepas ini mereka bakal menyambung pelajaran mereka di universiti.Program tersebut juga dijayakan dengan kehadiran pasukan PERWADAH yang terdiri daripada pelajar-pelajar USIM dan pensyarah- pensyarah USIM iaitu Professor Madya Dr. Mohd Rosmizi Bin AbdRahman dan ketua program, Dr.Marina Munira Binti Abd Mutalib yang datang untuk berkongsi tentang pengalaman mereka. Menurut kenyataan daripada Professor Madya Dr. Rosmizi, matlamat utama program tersebut ialah untuk membuka minda para pelajar agar bersedia lebih awal bagi menempuh ke fasa yang seterusnya iaitu fasa universiti. Dalam program tersebut, Professor Madya Dr. Rosmizi membentangkan sebuah slot untuk mengenali USIM (Universiti Sains Islam Malaysia). Para pelajar juga didedahkan tentang maklumat jumlah universiti awam dan swasta serta khusus-khusus yang berkaitan dengan bidang pengajian mereka. ProfessorMadya Dr. Rosmizi turut menyatakan bahawa tanpa pendedahan dan pengalaman, para pelajar mungkin tidak tahu tentang kelayakan untuk mereka masuk ke universiti, subjek-subjek serta khusus yang bakal mereka pelajari. Seterusnya, program yang telah dijalankan ini dilihat dapat membakar semangat para pelajar menerusi slot motivasi yang telah dijalankan. Slot motivasi itu disampaikan oleh alumni Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor itu sendiri yang kini sudah bergelar mahasiswa USIM agar semangat para pelajar semakin membara untukmengejar kejayaan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=