Al-Hikmah Edisi 11 | 2023

19 hukum-hakam agama, akhlak, sejarah, kepimpinan dan pelbagai persoalan keagamaan semasa. Dalam kursus ini juga, para peserta telah diberikan peluang untuk bertanya kesemua jenis soalan termasuklah dalam isu-isu yang dianggap sensitif dalam pandangan penganut bukan Muslim. Peluang yang sama juga telah digunakan dengan baik oleh para peserta untuk bertanya dan berbincang dengan Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Y.Bhg. Prof Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia iaitu Y.Bhg. Encik Tuan Kamarul Arief Bin TuanSoh. Ramai peserta yang mengharapkan agar kursus sebegini dapat dianjurkan lagi oleh pihak USIM dengan penglibatan lebih ramai peserta, termasuklah daripada kalangan Muslim. Berikut adalah beberapa komen berkenaan kursus ini daripada para peserta: “Kursus yang amat bermakna danmencapai objektifnya. Komunikasi yang terbuka dan kondusif kepada jalinan ukhuwah. Semoga kursus ini dapat diteruskan.” “Teruskan usaha untuk mewujudkan keluarga Malaysia yang adil, kerangkuman dan bersatu padu. Teruskan dengan Hinduism 101, Christian 101 dan Buddha 101 untuk meraikan persamaan dan menghormati perbezaan.” “Excellent atmosphere for open dialogue for understanding, unity and working together to createan inclusive healthy community.” “Program seperti ini perlu diteruskan demi keharmonian yang jitu dalam jiwa masyarakat pelbagai kaum di negara kita seperti berasaskan RukunNegara.” Akhirnya, pihak FKP ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UNITY, Pusat Islam USIMdan Pusat Wakaf dan Zakat USIM atas kerjasama dan sinergi yang baik ini. Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kesemua peserta yang telah terlibat dan moga dapat bertemu lagi dalam program-programseterusnya. Pihak FKP juga inginmengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penceramah dan sekretariat yang terdiri daripada pihak UNITY, para pelajar Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP), dan Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH). Moga kita semua bertemu lagi dalam kursus Understanding Religion Series yang seterusnya. “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telahmenjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamuberkenal-kenalan (dan beramah

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=