Al-Hikmah Edisi 11 | 2023

18 Melalui program yang telah dijalankan ini, pihak penganjur telah berjaya menyampaikan mesej Islam yang sebenar kepada golongan bukan Muslim. Program ini juga adalah salah satu platform untukmenjawab salah faham golongan bukan Muslim terhadap Islam. Sepanjang program ini berlangsung, peserta bukan Muslim dan juga ahli-ahli sekretariat telah dapat menjalinkan kerjasama harmoni dan juga menambah rasa hormat antara para penganut Islam dan juga penganut agama-agama lain. Pada peringkat awal, seramai 20 orang peserta telah dijemput daripada organisasi seperti Sidang Injil Borneo Kuala Lumpur, Buddhist Missionary Society Malaysia, Bodhi Buddhist Fellowship Malaysia, Christian for Peace and Harmony in Malaysia (CPHM), Persatuan Pendidikan Sarjana Pelangi, dan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP). Namun, pada 7 – 11 Oktober 2022, hanya 11 orang sahaja wakil penganut agama Hindu, Kristian dan Buddha daripada seluruh negara yang hadir dan mengikuti kursus ini sehinggalah ke akhir program. Para peserta telah menunjukkan minat yang mendalam dan memberikan kerjasama sepanjang kursus iniberlangsung. Mereka telah mengikuti kursus ini secara bersungguh- sungguh dan mengemukakan pelbagai persoalan mengenai Islam daripada aspek ketuhanan, kenabian, ibadat,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=