Al-Hikmah Edisi 11 | 2023

17 Laporan Pelaksanaan Kursus Islam 101 (Pengenalan Islam Kepada Bukan Muslim)Di Usim Dan Putrajaya Oleh: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi Bin Wan Razali Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains IslamMalaysia Sejak pertemuan dan perbincangan secara serius berjaya dilaksanakan antara pihak Global Unity Network (UNITY) dan pihak Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), pelbagai perancangan dan program telah berjaya dilaksanakan secara bersama. Bermula daripada lawatan kerja para wakilpihak Global Unity Network (UNITY) keFakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Nilai pada 31 Januari 2022, pelbagai perkara dan isu telah dibincangkan untuk dilaksanakan secara bersama termasuklah penganjuran kursus, seminar, bengkel, penerbitan dan sangkutan staf serta pelajar. Antara program yang telah berjaya dilaksanakan adalah: Syarahan Ilmiah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) pada 31 Januari 2022 bertajuk Manhaj Berdakwah kepada Non Muslim oleh Bro. Shah Kirit, Lawatan muhibah ahli akademik FKP ke Pejabat Rasmi Global Unity Network (UNITY) pada 12 Mei 2022, Penyertaan para pelajar FKP dalam kursus Fundamental & Basics of Interfaith (FBI) anjuran Global UnityNetwork (UNITY) pada 28 hingga 29 Mei di Kuala Lumpur, Kursus Understanding Religion Series - Islam 101 USIM & UNITY pada 7 – 11 Oktober di USIM dan Putrajaya. Kursus Understanding Religion Series - Islam 101 USIM & UNITY ini telah diadakan buat julung kalinya, setelah 22 tahun penubuhan USIM, dengan mengetengahkan beberapa siri syarahan, perbincangan, dialog dan lawatan muhibah berkenaan agama Islam di Malaysia. Kursus ini adalah sebuah program kerjasama anjuran pihak FKP, UNITY, Pusat Islam USIM, danPusat Wakaf dan Zakat USIM. Dalam kursus Islam 101 ini satu usaha kolaborasitelah diadakan dengan setiap wakil agama di Malaysia iaitu Kristian, Hindu, dan Buddha. Kebanyakan masa kursus, iaitu pada 7 – 10 Oktober 2022, telah dijalankan di Akidah and Global Outreach Centre (AGENT), FKP. Pada 11 Oktober, para peserta kursus telah dibawa melawat Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3 untuk beramah mesra dan berdialog dengan wakil rasmi di Pejabat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) dan YayasanDakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=