Al-Hikmah Edisi 11 | 2023

14 Iman Dan Kebaikan Berjalan Seiring Oleh: Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni Pensyarah Kanan, Program Akidah dan Agama, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM "Buatlah kebaikan kerana Allah sebanyak mungkin, kerana kita tidak tahu kebaikan yang mana yang Allah balas esok hari, bulan depan, tahun depan dan tahun-tahun berikutnya, dan yang pasti segala kebaikan disimpankan Allah SWT sebagai bekal/penyelamat seseorang di akhirat nanti". Dalam Islam, ia dikenali dengan istilah Hablun Minallah ( ّه حَبْل مِنْ اللَ ) yang bermakna hubungan hamba dengan Allah SWT, dan hal ini dapat diukur dari kesalihan individu/mahdhah atau aspek 'Ubudiyah ( عبودية ) yaitu ritual kita kepada Allah SWT yang didasarkan dengan keikhlasan semata-mata. Kemudian ada lagi Hablun Minannas ( حَبْل مِنَ النَاس ) yaitu Hubungan dengan sesama manusia yang terukur dari kesalihan sosial, sifat dan sikap kita terhadap orang lain secara positif, dengan tindakan dan perilaku yang mendatangkan manfaat dan tidak merugikan siapa-siapa. Kedua-dua istilah di atas disebutkan dalam al-Qur'an: ّه ه حَبْلٍ مِنْ اللَ ه لاَ ب واْ إ ر ه ف ق ر أَيْنَ مَا ث ر ر الذِلّة ه م بَتْ عَلَيْه ر ض وَحَبْلٍ مِنَ النَاس (آل عمران: ۱۱۲ ) "Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia. (Ali Imran112). Inti dan maqasid Hablun Minallah adalah Ibadah, sesuai dengan firman Allah SWT yang menjelaskan bahwa manusia diciptakan untuk mengabdi/menghamba diri kepada Allah SWT: ر ر د ه يَعْب ه لََّ ل ْه نْسَ إ ه نَ وَالْ الْج ر وَمَا خَلَقْت ه الذاري (ون ات: ٥٦ ) "Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku" (Adz-Dzariyat : 56). ه لََّ ر وٓا۟ إ ه ر وَمَآ أُم ه ر خْل وا۟ ٱللََّ م ر ر د ه يَعْب ل ٱلدِينَ ر َ لَه ه ي ص ر نَفَ آءَ ح (البينة: ٥) “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus”. (al-Bayyinah :5). Sementara inti dan maqasid Hablun Minannas adalah berbuat baik dengan sesama manusia. هِ وَالتَقْوَى وَلََّ تَعَا وا عَلََ الْب ر وَتَعَاوَن ر وَن وا عَلََ ه ْه ثْم الْ ه (المائدة: ر دْوَان وَالْع ۲) "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran". (al-Maidah: 2).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=