Al-Hikmah Edisi 11 | 2023

12 Salah faham tentang makna yang terkandung di sebalik istilah tersebut boleh membawa kepada berlakunya perbuatan yang mungkar. Malah disebalik sebutan dan tulisan, jika ia diteruskan menjadi perbuatan dan kelaziman, seterusnya akan mendapat dosa yang berlipat kali ganda. Hal ini tidak boleh dipandang enteng kerana isu istilah ini sekali gus menjurus kepada perbuatan yang mungkar, juga diibaratkan lebih buruk dari berzina, sepertimana sabda Rasulullah (SAW)bermaksud; “ Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunyadan Ibnu Hibbad) Oleh yang demikian, tiada istilah mengumpat berdosa dan membawang dibolehkan, lebih ringan atau lebih sedap bunyinya. Persoalan ini bernoktah pada makna yang sama iaitu mengumpat atau menceritakan hal orang lain dan hukum serta larangannya telah jelas dinyatakan dalam agamaIslam. Secara asasnya, mengumpat dalambahasa Arab disebut sebagai Ghibah yang bermaksud menyatakan keburukan atau keaiban seseorang di belakangnya sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun isyarat. Malah, salah seorang sahabat nabi SAW pernah bertanya Rasulullah SAW; Apa itu mengumpat? Rasulullah SAW menjawab;“Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka.” Selanjutnya sahabat itu bertanya; “Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?”. Rasulullah SAW menjawab; “Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telahmemfitnahnya”. Dalam Islam mengumpat adalah perbuatan yang dilarang sama sekali, Hukum mengumpat adalah Haram dan berdosa besar sehingga perumpamaan yang diberikan kepada para pengumpat diibaratkan seperti memakan darah daging sendiri sepertimana Allah SWT berfirman dalam surah Al-Hujurat (12); “ Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang dari kalian memakan daging bangkai saudaranyayang telah mati, pasti kalian membencinya. Maka bertaqwalah kalian kepada Allah, sungguh Allah Maha Menerima taubat dan Maha Pengasih”.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=