Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
11 “Membawang” Istilah Yang Sering Kali Disalah Tafsir Oleh: Dr. Abdul Rashid Bin Abdul Aziz Pensyarah Kanan, Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan danPengurusan, USIM. Istilah makcik bawang dan membawang pada masa kini semakin popular dalam kalangan muda-mudi dan masyarakat kita hari ini. Perkataan ini selalu terucap di bibirsemua tidak kira peringkat usia hatta kanak-kanak sekalipun terbiasa mengungkapnya. Namun begitu, dalam menyebut dan melakukan perbuatan ‘membawang’ ini, seseorang perlu memahami apakah makna disebaliknya. Malah sebelum istilah membawang ini menjadi ayat kebiasaan, istilah ‘kaki gosip’ dan ‘kepoh’ kerap berkumandang. Kini, istilah membawang bukan sahaja didengari dalam perbualan, malah sering ditulis dan dibaca di status media sosial dalam pelbagai sebutan seperti makcik bawang, pakcik bawang, jom membawangdan yang seumpamanya. Istilah membawang ini pada dasarnya merujuk kepada perlakuan mengata, memburuk-burukkan atau dalam istilah yang lebih tepat lagi ialah ‘mengumpat’ iaitu menceritakan perihal orang lain. Namun istilah ini menjadi popular atau trending dalam kalangan masyarakat sehingga menutup segala makna buruk yang terlindung di sebalik istilah tersebut. Bahkan ia kelihatanseperti satu tindakan jujur yang tanpa rasa segan silu si pelaku akan menguar-uarkan, menceritakan dan menghebohkan perbuatan ‘membawang’. Seolah- olah membawang itu perkara biasa dan norma sosial yang tidak menjadi kesalahan jika dilakukan. Hakikatnya, masyarakat pada hari ini telah dinormalisasikan dengan pelbagai istilah yang menghalalkan cara dan tindakan yang buruk, agar kedengaran baik. Bahkan untuk tujuan ini, penggunaan istilah juga telah diubahsuai (re-framing) supaya individu yang terbabit tidak lagi rasa bersalah atau berdosa melakukannya. Tambah parah apabila istilah membawang ini bukan sahaja digunakan secara lisan tetapi di status media sosial dalam kalangan masyarakat atau ‘netizen’ padahari ini banyak menggunakan istilah seperti membawang di rumah, membawang dengan kawan-kawan, membawang di tempat kerja, membawang di dapurdengan jiran dan sebagainya. Pada era digital dengan medium aplikasi dalam talian, ramai antara kita yang tidak dapatmengawal tangan daripada mengetuk papan kekunci komputer atau gajet dari terus-menerus memuatnaik kenyataan (status), penulisan ataupun percakapan di Facebook, blog, Instagram, Twitter dan Youtube dengan mengumpat individu lain. Persoalannya, adakah masyarakat kita sedar dan faham makna sebenar disebalik istilah ini dan implikasinya?
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=