Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
10 Menurut analisis penulis, Al-Qaradawi telah menggunakan sumber-sumber berikut dalam ceramah atau kitabnya ini: 1) ayat al-Quran, 2) sunnah Nabi SAW, 3) pandangan paraulama, 4) banyak contoh sejarah sahabat, 5)pengalaman peribadi al-Qaradawi dan 6) taakulan logik. Boleh dikatakan bahawa penyampaian yang dibuat oleh al-Qaradawi mengenai persoalan sunnah dan bid’ah adalah baik dan agak sesuai untuk difahami oleh masyarakat awam. Oleh itu, tidak hairanlah kitab ini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Malaysia,Bahasa Indonesia, dan Bahasa Inggeris. Sebagai kesimpulan, umat Islam di seluruh dunia, spesifiknya di Malaysia tidak seharusnya berasa keliru dalam persoalan mengenai isu sunnah dan bid’ah. Hal ini kerana di negara kita terdapat badan-badanautoriti agama yang boleh dirujuk dan para asatizah yang bertauliah untuk membimbing umat Islam daripada bersifat menghukum dan boleh memecah belahkan umat dalam isu-isu khilafiah. Adalah lebih baik, jika tenaga, masa dan kreativiti umat Islam disalurkan kepada pelbagai isu lain yang lebih kritikal untuk membangunkan umat, daripada terus bergaduh dalam persoalan khilafiah yang tidak berkesudahan. Isu-isu Kritikal ini adalah seperti peningkatan tahap kefahaman, amalan dan penghayatan agama umat Islam; pengukuhan kefahaman agama dalam kalangan mualaf; menjawab pelbagai persoalan berkaitan Islamofobia dan salah faham mengenai Islam; meningkatkan nilai ekonomi umat Islam; tahap literasi saintifik dan teknologi; serta penghasilan inovasi dalam penyelidikan dan pembangunan. Moga Allah SWT merahmati dan memberkati roh Allahyarham Dr Yusuf al-Qaradawi dan semua ulama muktabar kita. Al- Fatihah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=