Al-Hikmah Edisi 11 | 2023

8 Antara karya ilmiahnya adalah seperti berikut: i. Fiqh al-Zakāh ii. Madkhal Li Macrifah al-Islām iii. Fiqh al-Wasaṭiyyah al-IslāmiyyahWa al-Tajdīd iv. Al-Ijtihād Fī al-Sharīcah al-Islāmi yyah v. Al-Aqalliyyāt al-Dīniyyah vi. Shumūl al-Islām vii. Fiqh al-Jihād viii. Fuṣūl Fī al-cAqīdah Bayna al-SalafWa al-Khalaf ix. Qīmah al-Insān Wa Ghāyah Wujūdihi Fi al-Islām x. Al-Islām Ḥaḍārah al-Ghad xi. Al-Ḥalāl wa al-Ḥarām Fī al-Islām Yusuf Al-Qaradawi telah menghasilkan ratusan buah kitab. Antaranya berasal daripada himpunan syarahan, khutbah, fatwa dan muzakarah beliau dengan pelbagai pihak. Kitab-kitab ini boleh dimuat turun dan dibaca di laman sesawang rasmi beliau di https://www.al- qaradawi.net. Sumbangan ilmiah beliau juga merangkumi pelbagai bidang seperti berikut: dakwah, fiqh, fatwa, ekonomi Islam, gerakan Islam, khidmat sosial dan kebangkitan Islam. Pengenalan Ringkas Kitab Al-Sunnah Wa Al- Bid’ah Kitab al-Sunnah Wa al-Bid’ah oleh Yusuf Al- Qaradawi ini adalah cetakan Muassasah al-Risalah di Beirut pada tahun 2001M / 1422H setebal 52 halaman sahaja. Asal kitab ini adalah daripada sebuah ceramah oleh Yusuf al-Qaradawi, jemputan al- Shaykh Mucjib al-Dusrī, Pengarah Pusat Dakwah dan Bimbingan Islam Qatar. Ceramah ini dibuat sebagai suatu respon ilmiah kepada sebuah artikel di Majalah Doha bertajuk: “Istinkar al-Bid’ah Wa Karahah al-Jadid, mawqif Islamiyy am Jahiliyy?” (mengingkari bid’ah dan membenci perkara baharu, Perspektif Islam atau Jahiliah?)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=