Al-Hikmah Edisi 11 | 2023
7 Nama penuh beliau adalah Yusuf Abdullah Al-Qaradawi. Dilahirkan di Kampung Shafat al-Turab di al-Mahallahal-Kubra, Daerah al- Gharbiyyah pada 9 September 1926. Al- Qaradawi adalah gelaran kepada keluarganya yang diambil daripada nama sebuah daerah iaitu al-Qardhah di Mesir. Beliau meninggal dunia pada 26 September 2022 di Qatar. Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009 kepada beliau bagi menghargai sumbangan keilmuan dan dakwah beliau di seluruh dunia (Astro Awan, 2022). Al-Qaradawi mendapat pendidikan awal di Ma’had al-Azhar, Tanta. Kemudian menamatkan pengajian tinggi seperti berikut: i. Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Universiti Al-Azhar pada tahun 1953, ii. Diploma Bahasa Arab dan Sastera pada tahun 1958, iii. Sarjana Pengajian Al-Quran dan Al- Sunnah pada tahun 1960, dan iv. Doktor Falsafah pada tahun 1973 dengan tesisnya yang bertajuk: “Ibadat Zakat dan Kesannya dalam menangani Masalah Sosial.” Dari sudut kerjayanya, al-Qaradawi banyak menyumbangkan khidmatnyadalam bidang pendidikan dan dakwah. Antaranya: i. Penyelia di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar, i. Pengarah Kolej Agama, Qatar daripada 1961 – 1973, ii. Pengarah Bahagian Pengajian Islamdi Fakulti Pendidikan pada tahun 1973, i. Dekan, Fakulti Syariah dan PengajianIslam, Universiti Qatar pada tahun 1977 – 1990, ii. Pengarah, Pusat Kajian Sunnah dan Sirah pada tahun 1991 – sehingga hari ini. iii. Pengasas danMantan Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia (Mohd Rumaizuddin Ghazali, Mohd Rushdan Mohd Jailani, 2011; al-Qaradawi.net, 2021) Latar belakang ringkas Dr. Yusuf Al-Qaradawi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=