MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022
4 Nadwi ini merupakan titik peluh yang telah dimulakan sejak lebih sedekad yang lalu. Terdapat banyak pencarian maklumat dan penelitian yang perlu dibuat sebelum hasil tulisan ini dapat dipersembahkan kepada para pembaca. Pengalaman peribadi penulis yang berkesempatan menghadiri beberapa majlis ilmu bersama Shaykh Dr. Muhammad Akram Nadwi sejak 2015 telah menyaksikan kesungguhan beliau dalam pelbagai aktiviti intelektual. Beliau yang merupakan ulama kelahiran India, graduan institusi Islam tersohor Darul Uloom Nadwatul Ulama, telah membuktikan bahawa tiada yang mustahil untuk dihasilkan sekiranya kita semua belajar dan berusaha bersungguh-bersungguh. Penutup Islam adalah agama ilmu dan amal. Tiada diskriminasi jantina dalam soal pembelajaran dan pengajaran ini, selagi mana masih mematuhi segala panduan syarak. Sejak daripada zaman Rasulullah saw lagi, Baginda saw mengajarkan dan memperkasakan para wanita dalam pelbagai hal ehwal keilmuan dan urusan kemasyarakatan. Sesuai dengan maksud firman Allah taala dalam Surah al- Hujurat, ayat 13: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=