MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022
3 serta menunaikan solat jenazah ke atasnya. Mutakhir ini, kita mempunyai ramai ilmuwan wanita yang diiktiraf oleh ahli masyarakat. Ada yang menjadi ilmuwan awam yang mengajar, memimpin dan membimbing dalam hal-ehwal Islam, terutamanya yang berkaitan fiqh kewanitaan. Ada juga yang menyumbang khidmat ilmu mereka dalam platform akademik rasmi di universiti- universiti. Ada juga menjadi ahli jawatankuasa fatwa negeri dan penasihat syariah kepada pelbagai institusi profesional. Mereka ini juga membuat pelbagai penyelidikan dan penyeliaan dalam menghasilkan lebih ramai ilmuwan pengganti pada masa hadapan. Kitab al- Wafa’ Bi Asma’ al - Nisa’ Pada awal tahun 2021, umat Islam telah menerima sebuah berita gembira dengan tercetaknya sebuah buku bertajuk al- Wafa’ Bi Asma’ al- Nisa’ yang telah ditulis oleh Shaykh Dr. Muhammad Akram Nadwi dalam 43 jilid cetakan Dar al-Minhaj di Jeddah. Buku dalam Bahasa Arab ini mengandungi entri lebih kurang sepuluh ribu biografi periwayat hadis daripada kalangan wanita. Kesemua biografi periwayat hadis yang dinyatakan dalam kitab ini termasuklah daripada kalangan isteri Rasulullah saw, para sahabat, tabiin dan generasi ilmuwan wanita seterusnya. Usaha yang telah dibuat oleh Shaykh Dr. Muhammad Akram
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=