MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

2 hati dan ketamadunan pada masa hadapan. Para wanita bukan hanya menggoncang buaian sahaja, malah bisa menggoncang dunia dengan pelbagai idea dan sumbangan ilmiah. Kesarjanaan Ulama Wanita dalam Pelbagai Bidang Ilmu. Suatu fakta yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana peneliti, terdapat dalam kesarjanaan Islam, nama-nama perawi wanita yang turut menyumbang dalam legasi ilmu Islam seperti al-Quran dan hadis. Ramai nama pengajar wanita dalam kalangan sahabat yang tidak boleh diabaikan seperti Hafsah binti Umar r.a., Ummu Salmah r.a., dan Ummu al- Darda’ r.a. Saidatina Aisyah binti Abu Bakar r.a., isteri Rasulullah saw dan anak kepada sahabat Rasulullah saw yang paling setia, merupakan wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW iaitu sebanyak 1210 buah hadis. Malah, beliau juga merupakan guru dan rujukan kepada ramai sahabat dan tabiin. Antara nama yang boleh dikongsikan di sini juga adalah Sayyidah Nafisah binti al-Hasan al-Anwar (meninggal dunia 208M / 803H). Beliau merupakan cicit kepada Baginda Rasulullah saw dan merupakan guru kepada ramai tabiin. Antara muridnya yang utama adalah Imam Muhammad bin Idris al- Shafi’i dan Imam Ahmad bin Hanbal rhm. Malah, terdapat riwayat yang menyebutkan bahawa sebelum Imam al- Shafi’i meninggal dunia, beliau pernah mewasiatkan agar Sayyidah Nafisah untuk turut

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=