MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

1 Menghargai Sumbangan Para Ulama Wanita Oleh: Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali Pendahuluan ata Pendeta Za’ba (1895-1973): “Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya. Kekayaan Pendeta keping- keping kertasnya.” Seorang pendeta atau ilmuwan melahirkan buah-buah fikiran daripada penelitiannya yang mendalam, serius dan asli dalam bentuk lisan dan tulisan. Dunia ini tidak statik. Pemikiran dan sikap manusia juga tidak kekal selama-lamanya. Cabaran- cabaran yang menimpa ke atas masyarakat juga sangat rencam dan pelbagai. Kesemua perubahan ini perlu difahami, dianalisis dan dinilai kesesuaiannya pada setiap masa, terutamanya oleh para ulama. Pesan guru kami dalam mendepani kepelbagaian ini adalah dengan amalan: “ al- Muhafazah ala al-Qadim al-Salih wa al-Akhdh Bi al-Jadid al-Aslah ” iaitu pemeliharaan ke atas tradisi yang sesuai dan mengambil perkara baru yang lebih baik (berdasarkan neraca syariah). Dalam dunia ilmu, bukan hanya para pendeta atau ilmuwan lelaki sahaja yang telah menyumbang pelbagai karya dan legasi intelektual, malah para cendekiawan wanita juga tidak terkecuali dalam hal ini. Jadi, benarlah kata hikmah: the hand that rocks the cradle, rules the world . Para wanita bukan hanya menggoncang buaian sahaja, malah bisa menggoncang dunia dengan pelbagai idea dan sumbangan ilmiah. Dalam sejarah keilmuan Islam, kaum wanita telah banyak menyumbang kepada pembentukan pemikiran, K

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=