MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

28 ganjaran yang setimpalnya. Banyak perkara yang mereka lakukan membuatkan saya termenung dan terfikir betapa besarnya tanggungjawab kedua ibu bapa dalam memberikan pendidikan dan tarbiah yang terbaik buat anak-anaknya dan seterusnya menjadi hamba yang sentiasa taat dan patuh akan perintahNya. Hasil dari didikan kedua ibu bapa serta guru-guru dapat saya perolehi kejayaan ini sekarang. Saya tidaklah mempunyai tips-tips yang khusus dalam pembelajaran tetapi apa yang saya dapat kongsikan di sini adalah perkara yang saya amalkan dan lakukan dari dulu sehingga sekarang adalah saya akan memberikan perhatian dan tumpuan yang sepenuhnya sewaktu guru atau pensyarah sedang mengajar di hadapan kerana sewaktu itulah pensyarah akan menjelaskan dengan sebaiknya berkaitan subjek dan pembelajaran yang dipelajari pada waktu tersebut. Saya akan berusaha dengan sebaiknya untuk mengelak dari sebarang gangguan sewaktu pensyarah sedang mengajar di hadapan. Alhamdulillah, hasil dari apa yang saya lakukan ini membuatkan saya lebih faham dan jelas tentang sesuatu perkara itu dan memudahkan saya lagi untuk mencerna maklumat- maklumat lain yang berkaitan dengan pembelajaran tersebut selepas tamat sesi pembelajaran. Saya juga mempunyai sifat teruja dan sentiasa menanti-nanti akan setiap perkara yang ingin disampaikan oleh pensyarah kerana di setiap perkataan dan ucapan yang mereka sampaikan itu saya akan mendapat suatu perkara yang baru dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=