MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

27 Jejak Alumni Nama yang diberi Majdi Bin Mohamad Fouzi berasal dari Alor Setar, Kedah. Saya dilahirkan pada 30 Julai 1998 bertempat di Hospital Lama Alor Setar, Kedah. Saya merupakan anak yang kedua daripada enam orang adik beradik. Kedua ibu bapa saya, Puan Halimatul Sa'diah Binti Ishak dan Encik Mohamad Fouzi Bin Ismail merupakan anak kelahiran negeri Kedah. Saya mendapatkan pendidikan awal secara formal di Pasti Nurul Mu'min seawal usia 5 tahun dan kemudian bersekolah di Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA), Alor Setar, Kedah. Seterusnya, saya mendapatkan pendidikan di peringkat menengah di Maahad Tahfiz Sains Yayasan Khairiah di Baling, Kedah sehingga tingkatan 3 dan kemudian berpindah ke Maktab Mahmud Alor Setar sehingga tingkatan 6. Berkat doa kedua ibu bapa saya serta guru-guru, saya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan. Idola yang banyak memberi inspirasi dan kekuatan kepada diri saya tidak lain adalah kedua ibu bapa saya sendiri. Alhamdulillah, hasil dari tunjuk ajar dan tauladan yang mereka berikan kepada kami adik beradik dan khususnya kepada diri saya sendiri dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat kami serta mengajar kami erti kehidupan tidak dapat saya balas melainkan agar Allah mengangkat darjat mereka di sisiNya dan memberikan mereka

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=