MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

19 mengambil makanan dan minuman yang halal. Selain itu, umat Islam juga ditegah daripada bercampur dengan isteri mereka dan dianjurkan untuk melakukan pelbagai amal kebajikan seperti membaca al-Quran, berzikir, menunaikan zakat fitrah, bersolat sunat dan bersedekah sunat. Jadi, bagi anak-anak kecil dan mereka yang baru mula belajar berpuasa, anda tidak perlu takut untuk berpuasa sekadar kemampuan anda. Berpuasalah untuk melatih kawalan diri dan menundukkan segala godaan nafsu. Pelbagai umat terdahulu juga berpuasa. Begitu juga dengan rakan-rakan kita daripada ajaran agama lain. Meskipun cara dan peraturan mereka berbeza daripada umat Islam hari ini, mereka juga turut berpuasa. Bagi umat Islam, besarnya ganjaran berpuasa telah digambarkan dalam sebuah hadis qudsi seperti berikut: “Setiap amalan manusia adalah untuknya melainkan ibadat puasa. Sebab puasa hanyalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran padanya.” (Riwayat Bukhari). Penulis: Dr. Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali, Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=