MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

18 “Kitab -kitab Injil juga memuji ibadat puasa dan menganggapnya sebagai ibadat yang dapat mencegah riyak dan untuk menzahirkan sifat tawaduk. Antara puasa yang paling masyhur dan tertua (dalam agama Kristian) adalah puasa besar yang dilakukan sebelum Perayaan Easter ( Pesach atau Passover ). Puasa inilah yang telah dilaksanakan oleh Moses, Jesus, dan para pengikut Jesus. Kemudiannya para ketua Kristian telah menambah pelbagai jenis puasa yang lain menurut ajaran gereja masing- masing.” Dalam ritual agama Hindu dan Buddha, amalan berpuasa diamalkan bagi mendidik para pengikut setiap agama ini dalam membersihkan diri, bermeditasi dan mengawal hawa nafsu. Para penganut Hindu berpuasa dengan tidak memakan apa-apa atau dengan meminum air sahaja dalam sambutan beberapa perayaan keagamaan mereka. Para penganut Buddha pula berpuasa dengan tidak memakan makanan yang keras, sebaliknya hanya mengambil makanan yang lembut dan meminum air. Puasa dilakukan pada perayaan Buddhisme yang tertentu atau pada waktu bulan mengambang penuh. Bagi umat Islam, seruan mengerjakan ibadat puasa ini adalah latihan untuk mencapai nilai takwa yang tinggi. Ketakwaan ini tidak dapat dicapai melainkan melalui formula berikut: keimanan + amalan berpuasa (meninggalkan segala yang dapat membatalkan puasa) = ketakwaan. Dalam ibadat puasa, umat Islam bukan sahaja diperintahkan untuk meninggalkan minuman dan makanan yang haram, malah turut ditegah daripada

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=