MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

17 berikut: “Wahai orang -orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” Menurut Fakhr al-Din al- Razi dalam al-Tafsir al-Kabir , beliau menyatakan seperti berikut: “ ibadat puasa ini telah ditetapkan sebagai wajib ke atas para Nabi dan umat-umat daripada zaman Nabi Adam AS sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW. Allah SWT tidak meninggalkan satu umat pun selain daripada mewajibkan ke atas mereka ibadat puasa. Ibadat puasa ini bukan diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad SAW sahaja.” Apabila Allah SWT menyatakan secara jelas: “sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,” ini menunjukkan bahawa ibadat ini telah dilalui oleh pelbagai generasi manusia, merentas pelbagai zaman dan tempat. Dalam al-Tafsir al-Munir dinyatakan seperti berikut: “ seperti mana yang kita ketahui, ibadat puasa ini telah disyariatkan dalam semua agama sehingga terdapat dalam agama penyembah berhala, agama Mesir kuno, Greek, Rom dan Hindu.” “Dalam Taurat yang ada hari ini, dinyatakan pujian ke atas ibadat puasa dan ahli puasa. Dan telah sabit bahawa Nabi Musa AS pernah berpuasa 40 hari. Umat Yahudi pada hari ini berpuasa selama seminggu untuk mengingati peristiwa runtuhnya dan rampasan Jerusalem, serta berpuasa sehari pada bulan Ab (bulan Yahudi yang kesebelas).”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=