MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022
16 Puasa Dalam Amalan Pelbagai Umat dan Agama Oleh: Wan Mohd Fazrul Azdi bin Wan Razali ari sudut bahasa, berpuasa adalah perbuatan menahan diri daripada makan dan minum dengan sengaja untuk sesuatu tujuan yang tertentu. Dalam definisi kitab al-Fiqh al-Manhaji, berpuasa adalah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, sejak waktu terbit fajar sehinggalah tenggelamnya matahari berserta dengan niat. Bagi kanak-kanak dan mereka yang baru mula belajar berpuasa, untuk menahan diri daripada makan dan minum dalam suatu tempoh yang lama adalah seperti sesuatu yang mustahil. Antara soalan yang kerap ditanyakan oleh mereka: “Tak letih ke? Tak lapar ke? Tak pengsan ke?” Menurut kajian saintifik, umumnya, tubuh manusia dapat bertahan beberapa minggu sahaja tanpa makanan. Namun, manusia hanya boleh hidup beberapa hari sahaja tanpa air. Dalam ajaran Islam, ibadat puasa pula adalah dalam tempoh siang sahaja. Bukannya sehari semalam ataupun berhari-hari. Meskipun terdapat cabaran dalam melaksanakan ibadat puasa, amalan ini sebenarnya telah diamalkan oleh pelbagai umat dan agama sejak berzaman. Hal ini telah dinyatakan dalam al-Quran al- Karim menerusi maksud Surah al- Baqarah, ayat 183 seperti D
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=