MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

15 Kesimpulannya, Miskawayh telah memberikan panduan kepada kita dalam memperbaiki diri iaitu, (1) mengenali kesalahan atau sifat buruk dalam diri dan mengakuinya, (2) jangan biasakan diri melakukan perkara jahat atau mana-mana perbuatan yang melanggar syariat Islam dan (3) usaha memperbaiki diri adalah satu usaha yang berterusan dan beransur-ansur. Mujahadah untuk membuang sifat jahat dalam diri adalah dituntut kerana manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Manusia diibaratkan berada di dalam medan tempur dengan diri sendiri sepanjang proses mujahadah. Sebenarnya, orang yang jahat telah gugur dan tewas dalam pertempuran ini manakala mereka yang baik telah berjaya. Orang-orang ini jugalah di antara mereka yang mendapat Rahmat Ilahi kerana ingin memperbaiki diri. Hakikatnya, perubahan bukanlah pilihan tetapi suatu tuntutan bagi mereka yang berdosa dan mereka yang yakin dengan Rahmat Tuhan seperti firman Allah (al-Zumar 39: 53): َ لا ْ سهم ُ نف َ أ ٰٰٓ ى َ ل َ وا۟ ع ُ ف َ ر ْ س َ أ َ ٱلذين َ ادى َ عب ٰ َ ي ْ ل ُ ق ْ غ َ ي َ ة ٱللَّۚ إن ٱللَّ َ ْ وا۟ من رحْ ُ ط َ ن ْ ق َ ت َ وب ُ ٱلذن ُ فر ُ ٱلرحيم ُ ور ُ ف َ غ ْ ٱل َ و ُ ۥ ه ُ ا ۚ إنه ً يع َ جَ Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=