MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022
14 menjadi tabiat, proses membuang tabiat tersebut merupakan satu usaha yang berpanjangan dan penuh liku. Oleh itu, Miskawayh menukilkan bahawa proses membuang sifat jahat di dalam dirinya adalah satu peperangan yang sengit dan hebat. 2. Langkah awal untuk meperbaiki diri ialah mengenali kesalahan atau sifat buruk dalam diri dan mengakuinya. Oleh itu, Miskawayh awal-awal lagi sudah mengakui kesilapan masa silamnya yang suka berhibur termasuk dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam. Pengakuan ini merupakan tahap kesedaran awal pelaku dosa dalam proses memperbaiki diri dan bertaubat. Oleh kerana itu juga, langkah pertama taubat nasuha adalah menyatakan dan mengakui kesalahan sebelum berazam untuk tidak mengulanginya lagi di masa akan datang. 3. Usaha memperbaiki diri adalah satu usaha yang berterusan dan beransur-ansur. Seperti yang dinyatakan oleh Miskawayh, beliau telah membuang sifat jahat yang ada di dalam dirinya secara berperingkat-peringkat. Bahkan Nabi s.a.w. semasa menjalankan dakwah dan menyampaikan Islam dalam kalangan masyarakat Arab Mekah dan Madinah juga secara berperingkat-peringkat. Maka, usaha membetulkan kesalahan, mendidik diri dan manusia juga marupakan proses yang panjang dan sesuai dengan kadar penerimaan seseorang. Oleh itu, usaha ini tidak boleh dijalankan dengan secara drastik dan sekaligus. Jika dilakukan sedemikian, penolakan akan berlaku atau perubahan yang berlaku tidak akan kekal.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=