MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

13 signifikan terutamanya dalam bidang akhlak atau etika Islam. Malahan kesarjanaan beliau berkenaan dengan ilmu Yunani melayakkan beliau digelar sebagai muaʿllim al - thālith iaitu guru ketiga selepas Aristotle dan al-Farabi sebagai guru pertama dan kedua. Manakala dalam bidang akhlak Islam, Miskawayh dianggap sebagai bapa falsafah akhlak Islam kerana usaha menjadikan ilmu falsafah akhlak berdiri sendiri – bukan cabang kecil daripada ilmu lain. Penulisan akhlak Miskawayh berbentuk didaktik kerana mengajar pembaca tentang akhlak melalui pengalamannya sendiri. Hal ini boleh ditemukan di dalam penulisan magnum opus beliau yang bertajuk Tahdhīb al - Akhlāq . Beliau menyatakan di dalam karya ini tentang pengalaman beliau memperbaiki akhlak: Pembaca buku ini seharusnya tahu bahawa aku secara beransur-ansur telah berjaya untuk membuang sifat jahat yang berada dalam jiwaku, ketika aku sudah tua ini di mana ia (sifat jahat tersebut) sudah menjadi tabiatku, dan aku telah melalui satu peperangan yang hebat. Oleh yang demikian, terdapat beberapa pengajaran yang kita boleh ambil daripada penulisan Tahdhīb al - Akhlāq oleh Miskawayh terutamanya sebagai panduan kita dalam usaha memperbaiki diri dan akhlak. Antaranya ialah: 1. Jangan biasakan diri melakukan perkara jahat atau mana-mana perbuatan yang melanggar syariat Islam. Ini kerana sesuatu yang telah biasa dalam diri akan menjadi tabiat. Sesuatu tabiat yang jahat akan sebati dalam diri seseorang dan sukar untuk ditinggalkan. Seseorang mungkin bermula dengan ‘cuba - cuba’ dalam melakukan maksiat tetapi jika tidak sedar akan leka dan kekal dalam kemaksiatan. Jika dia sedar di kemudian hari, setelah perkara tersebut

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=