MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022
Panduan Memperbaiki Akhlak Dalam Penulisan Ahli Falsafah Islam: Miskawayh Oleh: Dr Kamal Azmi alsafah etika atau akhlak boleh dianggap sebagai cabang falsafah yang tertua. Perbincangan falsafah etika boleh ditemukan di dalam penulisan ahli falsafah klasik Yunani seperti Plato dan Aristotle. Malahan, penulisan kedua- dua ahli falsafah Yunani ini seperti Nicomachean Ethics oleh Aristotle dan Republic oleh Plato jugalah telah mempengaruhi perkembangan perbincangan faslafah akhlak Islam. Sebenarnya, terdapat ramai ahli falsafah Islam yang telah memanfaatkan penulisan falsafah Yunani dalam bidang etika atau akhlak antaranya ialah al- Kindī, al - Farābī dan Ibn Sīnā. Bahkan pengaruh Yunani juga boleh ditemukan di dalam penulisan al- Ghazālī yang lantang mengkritik falsafah Yunani di dalam Tahāfut al - Falāsifah . Namun demikian, usaha yang dilakukan oleh ahli falsafah Islam dalam lingkungan kebudayaan Islam pada abad ke 9-11 bukanlah suatu pengulangan semula ideologi dan pemikiran Yunani semata-mata. Sebaliknya, usaha ini adalah sebuah inovasi yang kiritis dan sistematik dalam pembentukan sebuah kesarjanaan baharu dalam ketamadunan manusia khususnya dalam konteks tamadun Islam. Oleh kerana itu, tidak mengejutkan abad ini dikenali sebagai abad emas tamadun Islam kerana sumbangannya yang signikan dalam pembinaan tamadun dan budaya ilmu. Salah seorang ahli falsafah Islam penting yang telah menerima pengaruh pemikiran Aristotle dan Plato dalam penulisan beliau adalah Abū ʿAlī Aḥ mad ibn Mu ḥ ammad ibn Yaʿqūb Miskawayh atau lebih dikenali sebagai Miskawayh atau Ibn Miskawayh. Walaupun nama beliau tidaklah terkenal seperti nama-nama tokoh yang telah disebutkan di atas, sumbangan Miskawayh dalam perkembangan falsafah Islam adalah F
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=