MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

10 individu itu mencapai darjat ihsan dan khusyuk. Tujuan kita belajar Tarekat adalah agar tujuan hidup kita lebih tersusun. Iaitu di mana kita akan pastikan setiap perkara atau perbuatan yang kita lakukan adalah untuk mencapai darjat ihsan dan khusyuk. Hadis Nabi SAW: أول شيء يرفع من هذا ا مة ا شوع ح لا ترى فيها خاشعا Maksudnya: “Perkara yang mula -mula diangkat daripada umat ini ialah khusyuk hingga kamu tidak melihat sesiapa pun khusyuk (dalam solatnya)” (HR Tibrani). Yang dimaksudkan dengan “hingga kamu tidak melihat sesiapa pun khusyuk (dalam solatnya)” adalah orang yang lalai khusyuk dalam solatnya. Maksud khusyuk adalah akal atau minda tidak beralih dari solat. Macam mana kita nak pujuk hati, akal dan tubuh badan kita sehala atau sematlamat dengan tujuan kita? Bagi mendapat khusyuk ini, dalam ilmu Tarekat kita akan akan diajar bagaimana hendak mencapainya. Dalam mempelajari ilmu Tarekat, perlu diketahui dulu apakah ajaran yang ada dalam sesuai tarekat itu. Ajaran dalam bertarekat yang dikemukakan oleh Dr. Najaa’ adalah: 1. Mestilah berguru dengan guru mursyid. 2. Salasilah guru bersambung hingga Nabi SAW. 3. Beramal dengan amalan khusus yang diajar oleh mursyid. 4. Belajar Istiqamah dan meningkatkan amalan yang diajar. Sebagai kesimpulan, Dr Najaa’ ada memberi beberapa amalan yang digalakkan dalam kehidupan seharian antaranya adalah selalu solat taubat dan hajat, banyakkan membaca Al- Quran kerana membaca Al-Quran adalah antara perkara yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Yang ketiga adalah banyakkan berzikir. Contoh yang Dr. Najaa’ kemukan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=