MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

9 hati tazkiyyah an-nafs itu wajib untuk dipelajari. Dr. Najaa’ menekankan hadis ini kerana akan muncul golongan individu yang mengatakan bahawa bukankah memepelajari ilmu tarekat itu sunat, bukan wajib. Mustahil dalam dunia ini, seseorang tidak memiliki penyakit hati. Untuk membersihkan hati inilah Imam Al-Ghazali mementingkan mempelajari ilmu Tarekat sebagai cara untuk merawat masalah hati. Membersihkan hati bukan dengan cara yakin diri itu telahpun merawat masalah hati tetapi dengan hidayah Allah. Lanjutan perkongsian Dr. Najaa’, hasil dari temu ramah beliau dengan pengalaman rakan-rakannya yang bertarekat, beliau dapat menemukan beberapa faedah dalam mempelajari Ilmu Tarekat. Bila kita bertarekat, amalan Tarekat itu terbimbing. Dalam ilmu Tarekat wajib seseorang itu pelajari dengan gurunya. Gurunya mestilah sampai salasilah terus-menerus kepada Nabi SAW. Tiada dalam Islam, ilmu yang wajib kita pelajari yang salasilahnya dari Rasulullah melainkan Ilmu Tarekat. Bagaimana kita hendak ketahui siqah ilmu tarekat? Penyampaian ijazah dari seseorang guru kepada anak muridnya bukanlah atas sebab kepentingan. Tentulah ada saringan. Jika seseorang guru itu menyampaikan ijazah kepada anak muridnya, maka guru itu meyakini anak muridnya itu mampu. Selain itu, mudah memperolehi hidayah dan mushahadah. Seringkali timbul permasalahan dimana seseorang itu ingin bertaubat tapi belum medapat hidayah. Jawapan bagi masalah ini adala hidayah itu kena cari sendiri. Hidayah tidak akan datang bergolek, dia kena usaha untuk mencarinya. Mushahadah bermaksud mengenali Allah SWT. Susah untuk mendapat hidayah sekiranya tidak mempelajari Tarekat kerana kita tidak mengenal Allah Taala. Seterusnya ingin saya tekankan apabila bertarekat seseoraang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=