MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022
8 dinamakan fardhu tetapi jelaslah ini amalan para Sahabat dan diketuai oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam Tarekat kita akan mempelajari cara berzikir. Seperti yang dikongsikan oleh Dr Najaa’ iaitu dengan k aedah Khalwah atau Suluk iaitu beribadat di masa tertentu, di tempat tertentu terus siang dan malam. Kesimpulan bagi asal-usul Tarekat adalah ketiadaan ibadat khusus sewaktu wahyu pertama diturunkan sehingga difardhukan solat pada perisitiwa Isra’ dan Mi’raj. Zikrullah dan membaca Al-Quran merupakan ibadat awal. Amalan tersebut dikekalkan walaupun solat, puasa, zakat dan haji telah difardhukan. Jiwa para sahabat menjadi kental apabila beramal dengan zikrullah dan membaca Al- Quran. Persoalan seterusnya, adakah wajib mempelajari Tarekat? Menurut Hadis Nabi SAW, طلب العلم فريضة علىكل مسلم Maksudnya: “Menuntut Ilmu wajib terhadap orang Muslim” (HR Al - Tibrani). Para ulama meraikan pendapat golongan Sufi yang mengatakan belajar Ilmu Tasawwuf fardhu ain kerana ia membersihkan hati dari segala sifat jahat (madhmumah). Ditambah lagi oleh Imam Nawawi dalam Kitab Majmu’ menegaskan: Maksudnya: “Ilmu tentang hati iaitu mengetahui penyakit-penyakit hati seperti hasad dengki, bangga diri dan seumpamanya, menurut Imam Al-Ghazali mengetahui had (penyakit hati), punca, ubat dan rawatnnya adalah fardhu ain.” Imam Al-Ghazali mengatakan bahawa ilmu untuk membersihkan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=