MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

7 Selama lebih kurang 11 tahun Nabi Muhammad SAW berada di Mekah, wahyu pertama yang diturunkan ialah: اقرأ باسم ربك الذي خلق Yang membawa maksud “Bacalah dengan nama Tuhanmu (Allah) yang Maha Pencipta.” Perkataan “ اقرأ ” adalah lamb ang untuk belajar. Menurut Tafsir Qurtubi, perkataan “ اقرأ ” di sini ialah bermaksud “ ر ُ ك ْ اذ َ و ”. ر ُ ك ْ اذ َ م ْ اس maknanya ingat nama Allah. Cara kita hendak ketahui amalan-amalan Nabi dan para sahabat ketika di Mekah adalah dengan meneliti surah-surah yang diturunkan di Mekah. Antaranya Surah Al- Muzzammil yang disebutkan dalamnya, ا ً ل ْ تي ْ ب َ ه ت ْ ي َ ال ْ تل َ ب َ ت َ و َ بك َ ر َ م ْ ر اس ُ ك ْ اذ َ و Yang bermaksud: “Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus-menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat- bulat tumpuan”. Bermakna Allah SWT apabila menurunkan اقرأ باسم ربك الذي خلق " ” diturunkan sekali dengan amalannya bukan dengan bacaan sahaja. Ulama Tasawuf mengatakan bahawa apabila Malaikat Jibrail menyampaikan “ اقرأ باسم ربك الذي خلق ” itu bermakna Jibrail turut mengajar Nabi Muhammad SAW cara bagaimana hendak praktikan “ اقرأ باسم ربك الذي خلق ” iaitu dengan cara berzikrullah. Maka, dalam ayat ke-8 Surah Al- Muzzammil ini menjelaskan bahawa Nabi belajar cara berzikir seperti yang diajar oleh Malaikat Jibrail iaitu dengan cara menyebut nama-nama Allah SWT. Yang inilah yang diajar dalam Tarekat, yang diajar dalam Ilmu Tasawwuf dengan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, membersihkan diri kita dari sifat mazmumah. Walaupun tidak

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=