MAJALAH AL-HIKMAH EDISI 10 | 2022

Wajibkah Mempelajari Ilmu Tarekat Oleh : Prof. Madya Dr. Ahmad Najaa’ Mokhtar Akidah Intellectual Discourse 6 - 07/05/2021 su kali ini mengupas tentang hukum mempelajari ilmu tarekat. Masyarakat Islam di Malaysia sebenarnya masih tertanya-tanya apakah hukum bertarekat dalam masa yang sama terdapat pelbagai kenyataan dan tanggapan terhadap isu tersebut. Dalam hal ini, Dr. Najaa’ bakal merungkaikan isu yang berkaitan dengan ilmu Tarekat secara tuntas. Seawal tahun 80an, sudah terdapat hukum berkaitan dengan tarekat yang bertentangan dan menyeleweng daripada syariat Islam. Menurut Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, ada tarekat yang bercampur dengan unsur-unsur khurafat. Salah di sini adalah penggunaan ‘Tarekat’ itu sebagai nama untuk menyampaikan ajaran itu dan seterusnya memberi pandangan negatif terhadap nama itu. Di sini perlu dipantau sebelum mempelajari Tarekat dengan memastikan perkara ini sejajar dengan syariat Islam. Mari kita telusuri asal-usul Tarekat. Asal Tarekat ini berasal dari Ilmu Tasawwuf. Diringkaskan oleh Dr. Najaa’ bahawa Tasawwuf mer upakan ilmu atau teori manakala amalannya adalah Tarekat. Pernahkah anda terfikir apakah amalan Nabi Muhammad SAW sebelum difardhukan untuk menunaikan solat, puasa, zakat dan haji? Adakah Nabi hanya ditugaskan untuk menyeru umatnya untuk memeluk Islam ketika berada di Mekah? I

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=