The Muamalat Newsletter Vol. 2 2024

FEM eNewsletter | December 2024 8 dengan menjawab soalan- soalan yang berkaitan dengan USIM, Pusat Tamhidi, dan FEM. Sebagai penghargaan, hadiah menarik turut diberikan kepada mereka yang berjaya sekali gus menjadikan suasana lebih ceria dan penuh keterujaan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah turut meningkatkan kesedaran pelajar tentang peluang pendidikan di USIM, juga mencipta kenangan bermakna bagi semua yang hadir. Program ini bertujuan untuk mempromosikan USIM sebagai destinasi pilihan pelajar lepasan SPM bagi melanjutkan pengajian. Salahsatuobjektifutamaprogram adalah untuk memperkenalkan USIM kepada pelajar sekolah serta membina jenama USIM dalamminda mereka agar dapat meningkatkan kadar kemasukan pelajar ke program Tahmidi dan Sarjana Muda di USIM. Melalui pemerhatian, program ini berjaya memberi impak positif kepada pelajar dalam beberapa aspek seperti membuka minda pelajar tentang hala tuju selepas SPM melalui sesi perkongsian yangdiberikandanmeningkatkan minat pelajar untuk mengenali USIM melalui aktiviti interaktif bersama pensyarah. Secara keseluruhannya, program Jelajah JOM Masuk USIM 2024 merupakan inisiatif yang berjaya dalam memperkenalkan USIM dan program-program yang ditawarkan. Ia juga memberi inspirasi kepada pelajar untuk merancang masa depan pendidikan mereka. Aktiviti seperti ini perlu diteruskan untuk memastikan USIM terus menjadi pilihan utama pelajar. Disediakan oleh: Dr. Najwa Najib Dr. Amalina Mursidi Dr. Suhaida Herni Suffarruddin Dr. Nur Aqilah Hazirah Mohd Anim Dr. Norfhadzilahwati Rahim

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=